Wee Ka Siong ajak lepak di Jalan Lama Cafe, Yong Peng


Inilah semangat muhibbah yang dipamerkan oleh warga Parlimen Ayer Hitam ketika saya pulang ke kawasan mengadakan program santai dengan mereka di Jalan Lama Cafe Yong Peng yang baru beroperasi seminggu. Cafe ini turut menghidangkan pelbagai jenis makanan ala warung.

Tanpa mengira kaum, penduduk Yong Peng terutamanya orang muda berkunjung ke Cafe ini selepas kewujudannya diwar-warkan di media sosial.


Semalam selama sejam lebih kami bersembang membincangkan isu-isu semasa seperti wabak novel coronavirus dan kesannya terhadap harga komoditi sawit, soal lanjutan konsesi tol PLUS selama 20 tahun sehingga tahun 2058 dan program subsidi petrol yang tergendala selama 2 tahun berturut-turut.


Sesiapa yang berkunjung ke Pekan Yong Peng, Ayer Hitam, singgahlah di sini.

Sumber

Comments