Harga simen NAIK. Menteri PH nafi. Tapi baca ni....


Laporan berita media Cina yang memetik persatuan-persatuan kontraktor dan syarikat pembinaan kata harga simen naik 44% dalam masa 4 bulan sejak harga mula dinaikkan pada bulan Oktober 2019.

Penganalis ekonomi yang membuat analisis kewangan ke atas syarikat-syarikat pengeluar simen juga kata harga penjualan simen naik dengan pantas dalam masa singkat sejak bulan Oktober 2019 dan dijangka akan terus naik.

https://www.theedgemarkets.com/article/improving-cement-sector-outlook-seen-ytl-corp

Rakan-rakan saya dari industri pembinaan juga mengadu kepada saya tentang kenaikan mendadak yang tidak dikawal untuk harga simen.

Tetapi, Menteri, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Saifuddin Nasution Ismail jawab semalam bahawa langsung tiada kenaikan harga simen - seperti apa yang dia pernah janji pada bulan Jun 2019.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/13/tiada-kenaikan-harga-simen-kata-saifuddin/

Menteri perlu ingat bahawa kenaikan kos pembinaan ketara termasuk harga simen "akan disalurkan semula secara negatif ke dalam ekonomi dan kemudiannya akan menjejaskan kuasa membeli pengguna",


Setelah saya semak laporan Indeks Harga Pengeluar Tempatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk bulan November dan Disember 2019, iaitu selepas harga simen dilaporkan naik pada bulan Oktober 2019, saya mendapati kos bahan mentah untuk sektor pembinaan naik dengan mendadak untuk kedua-dua bulan tersebut.

Kos bahan mentah pada bulan November 2019 naik 5.9 peratus berbanding kos tahun lepas dan naik 16 peratus lagi pada bulan Disember 2019.

Jika kenaikan "double digit" untuk kos bahan mentah bukan berpunca dari harga simen, saya minta Menteri jawab apakah punca kenaikan begitu tinggi ini.

Sumber

Comments