Umum dulu, baru kaji. Kemudian salahkan penjawat awam. #GuanEngStyle



Tengok, inilah cara Menteri Kewangan Lim Guan Eng buat kerja.

Dia umum dulu sebelum membuat kajian dan penelitian terhadap perkara-perkara yang perlu dilakukan.

Apabila pengumuman tersebut lambat dilaksanakan, dia menyalahkan penjawat awam pula!

Lim Guan Eng, janganlah umum sesuatu perkara semata-mata untuk mendapatkan kredit atau 'dividen politik' sahaja tanpa mengambilkira aspek pelaksanaan terlebih dahulu.

Kalau perlu pinda peraturan, kenapa tidak pinda Peraturan-Peraturan Pencen 1980 terlebih dahulu?

Guan Eng membentangkan Belajawan 2020 pada 11 Oktober 2019, bayangkan sudah sekian lama tiada tindakan susulan untuk meminda peraturan yang diperlukan!

Tolonglah.... jangan asyik menyalahkan pegawai-pegawai kerajaan atas kecuaian dan kelalaian seorang insan bernama Lim Guan Eng!

Sumber

Comments