Siapa penipu? Menteri M Kulasegaran atau PERKESO?


Betulkah kata Menteri Sumber Manusia M.Kulasegaran?

https://www.projekmm.com/news/berita/2020/02/08/tiada-dialisis-kurang-dua-tahun-caruman-bukan-arahan-menteri/1835676

Arahan telah dikeluarkan pada 17 Jan 2020 dan sehingga isu tersebut meletup pada awal bulan ini terdapat selang masa selama 2 minggu. Takkan tiada seorang pun kakitangan di Pejabat Menteri dimaklumkan tentang perkara ini?

https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1500585936775572/

https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1500659826768183/

Pelik, pelik, pelik!

Kalau zaman BN, Menteri pasti teruk dibalun oleh pembangkang ketika itu. Kenapa Menteri tak tahu? Menteri makan gaji buta ke?

Sekiranya PERKESO membuat sesuatu dasar baru tanpa pengetahuan Menteri Sumber Manusia, ini adalah sesuatu tindakan mensabotaj menteri. Silap-silap ini dianggap sebagai contoh “deep state” di dalam sektor perkhidmatan awam!

Arahan baru ini menjejaskan kebajikan pekerja yang menjadi pencarum PERKESO. Saya syorkan Menteri siasat ke lubang cacing untuk mengenalpasti siapa yang melontarkan idea untuk mengetatkan syarat kelayakan menjalankan rawatan dialisis bagi pencarum yang dianggap mencabuli hak asasi pencarum.

Malu apa Menteri?

Kalau golongan profesional PERKESO atau mana-mana Ahli Lembaga Pengarah terbukti mensabotaj Menteri, pecat mereka dari PERKESO!

Sebaliknya kalau Arahan PERKESO telah dihantar ke Pejabat Menteri dan Menteri terlepas pandang, maka tindakan U-turn PERKESO ini pasti dibuat demi menjaga air muka Menteri.

Agak-agaknya yang mana satu betul?

Sumber

Comments