Presiden MCA persoal Perkeso kenakan syarat ketat nafi pencarum daripada rawatan dialisis percuma. Menteri PH jangan bisu!


Saya rasa terpanggil untuk mendesak Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran menjawab dakwaan yang dibuat oleh MTUC mengenai tindakan PERKESO mengenakan syarat ketat menafikan pencarum daripada rawatan dialisis.

http://www.mtuc.org.my/mtuc-bidas-tindakan-perkeso-nafi-dialisis-percuma/

Sejak kenyataan tersebut dibuat oleh J. Solomon, Setiausaha Agung MTUC, nampaknya pihak pengurusan tertinggi PERKESO “tergamam” dan langsung tidak mengesahkan atau memperjelaskan perkara ini. Apakah benar surat pekeliling telah dikeluarkan oleh PERKESO pada 10 & 17 Januari 2020 yang menafikan sebahagian pencarumnya daripada mendapat rawatan dialisis?


Kalau PERKESO enggan mengulas, bagaimana pula pendirian Menteri Sumber Manusia? YB M. Kulasegaran, jangan mendiamkan diri lagi, ini satu isu serius, ke mana perginya “slogan untuk memperjuangkan nasib pekerja” yang dilaung-laungkan selama ini?

Saya memang tahu sangat mengenai kos rawatan dialisis kerana ada ahli keluarga saya yang pernah membuat rawatan dialisis 3 kali seminggu dan kos setiap rawatan lebih kurang RM250 atau secara puratanya kos rawatan dialisis serta perubatan secara keseluruhan adalah sekitar RM3000 hingga RM4000 sebulan. Ini merupakan bebanan kewangan yang sangat besar khususnya kepada pekerja biasa.

Bayangkanlah sekiranya PERKESO membuat perubahan dasar dan mengetatkan syarat kelayakan rawatan dialisis bagi pencarum / pekerja, maka ramai pesakit buah pinggang akan MATI kerana tidak mempu menampung kos rawatan dialisis. Bukankah ini satu tindakan yang maha zalim?

Saya masih ingat salah satu daripada 9 cabaran yang termaktub di dalam Wawasan 2020 yang diumumkan pada Februari 1991 adalah pembentukan masyarakat penyayang. Sekarang Wawasan 2020 tidak kesampaian dan nampak gayanya sifat PENYAYANG pun pupus. 😰😰

Apa sudah jadi kepada Kerajaan PH? Dulu semasa bergelar pembangkang bukan main memperjuangkan nasib pekerja, bila dah jadi pemerintah semua prinsip perjuangan sudah berubah. Adakah Kabinet pernah membincangkan cadangan PERKESO ini sebelum Lembaga Pengarahnya membuat keputusan yang jelas tidak mengendahkan kebajikan pencarum/pekerja. Kenapa sekian lama PERKESO boleh tanggung kos rawatan dialisis pencarum dan kini di bawah Malaysia Baharu semua perlu dirombak semula? Kenapa secara tiba-tiba hak dan kebajikan pencarum / pekerja tidak diutamakan oleh Kerajaan PH?

#PerluAdilKepadaPencarumPERKESO
#JanjiPatutDitepatiBukanDicapati

Sumber

Comments