YB Jelutong yang suka menyerang membuta tuli


Tadi, YB Jelutong masuk ke Dewan Rakyat, terus hentam saya.

Pagi tadi saya berada di dalam Dewan Rakyat. Ketika itu sedang berlangsungnya perbahasan Belanjawan 2020 di peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Tapi Menteri dan Timbalan Menteri tidak kelihatan di dalam dewan. Itu adalah hakikat!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1431614687006031&id=1002345083266329

Tapi YB Jelutong tiba-tiba 'cari' saya pula. Siap bangkitkan Peraturan Mesyuarat. Sedangkan saya menyatakan mengenai apa yang berlaku pada pagi tadi.

Kenapa YB Jelutong tiba-tiba panas ya?

Merujuk Tweet Syed Saddiq, kononnya saya mendakwa beliau tidak hadir ke parlimen.

https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1198863700423106560?s=19

Saya tak pasti samada beliau faham bahasa atau tidak. Dalam hantaran FB saya sebut, “Menteri dan Timbalan Menteri Belia Sukan tidak berada di dalam Dewan Rakyat”, salah fakta ke?

Sebelum itu, saya saksikan aksi Syed Saddiq di dalam Dewan Rakyat apabila menjawab soalan lisan ke-9 yang dikemukakan oleh YB Kimanis. Tapi bila sampai giliran KBS untuk perbahasan belanjawan, kebetulan Menteri keluar dari Dewan dan Timbalannya pun hilang. Itulah realiti yang berlaku pagi tadi!

Dalam tweet Syed Saddiq juga, dia cuba “troll” saya tak tentu arah kenapa saya tak berdepan dengan beliau di parlimen.

Menteri muda ini memang jelas kantoi. Ini bukan soal berani atau tidak, lagi pun waktu itu belum sampai masa Menteri menggulung. Parlimen telah jadualkan Menteri KBS menjawab pada jam 4.30pm, maka saya sekali lagi masuk ke dalam Dewan Rakyat pada jam 4pm bagi mencelah jawapan Menteri. Budak ini cuba nak pasang perangkap pada saya tapi belum cukup ilmu, sebaliknya menunjukkan kejahilan diri sendiri!

Waktu perbahasan oleh Ahli Parlimen, yang perlu duduk mendengar perbahasan adalah Menteri atau Timbalan Menteri KBS bukannya saya kerana orang yang menggulung perbahasan adalah Menteri atau Timbalannya, faham tak Syed Saddiq?

Nasihat saya kepada Menteri dan Timbalan Menteri KBS ialah apabila perbahasan belanjawan di peringkat jawatankuasa yang hanya berlaku SEKALI dalam setahun, duduklah dengar.

Apa salahnya Menteri dan Timbalannnya duduk mendengar perbahasan belanjawan bagi Kementerian di bawah jagaan mereka? Itu sahaja permintaan saya, masa-masa lain Menteri dan Timbalannya nak buat sidang media atau keluar minum, silakan!

Tapi, waktu perbahasan untuk KBS, sekurang-kurangnya seorang samada Menteri atau Timbalannya WAJIB duduk di dalam Dewan Rakyat, jangan lari!

#YBJelutongAsakMembutaTuli

SUMBER

Comments