Tol : Lim Guan Eng main wayang lagi.... Lim Guan Eng MUDAH LUPA?


Amboi garangnya Menteri Kewangan DAP Lim Guan Eng ini...

"Kami nak keuntungan pergi balik kepada rakyat Malaysia. Kami berupaya melakukan apa yang tidak dapat dilakukan BN. Kami akan kurangkan kadar tol,"

https://www.malaysiakini.com/news/507752

1. Lupakah Guan Eng bahawa Tun Mahathir semasa jadi PM ke 4 telah menyerahkan PLUS kepada swasta pada tahun 1988 untuk tempoh konsesi selama 30 tahun?

2. Lupakah Guan Eng bahawa pada tahun 1999, Tun Mahathir semasa jadi PM ke 4 telah melanjutkan tempoh konsesi sehingga tahun 2030, sedangkan ia sepatutnya tamat pada tahun 2018?

3. Lupakah Guan Eng bahawa pada tahun 2005, PM ke 5 Pak Lah terpaksa melanjutkan tempoh konsesi sehingga tahun 2038 sebab nak bayar tuntutan ganti rugi yang ditinggalkan PM ke 4?

4. Lupakah Guan Eng bahawa pada tahun 2011, PM ke 6 DS Najib telah membeli balik PLUS dari tangan swasta sekaligus memberi manfaat kepada rakyat?

5. Lupakah Guan Eng bahawa pada tahun 2020 ini, PM ke 7 Tun Mahathir telah melanjutkan tempoh konsesi sehingga tahun 2058 sedangkan ia sepatutnya tamat pada 2038?

6. Lupakah Guan Eng bahawa jumlah keseluruhan tempoh konsesi PLUS adalah 70 tahun? Guna frasa yang gemar digunakan oleh DAP ketika menjadi pembangkang - Ibarat dari bayi, sampai jadi warga emas kena bayar tol?!

7. Lupakah Guan Eng bahawa ada seorang insan yang dipercayai bernama Guan Eng, muka macam Guan Eng, suara macam Guan Eng, pernah berjanji dengan penuh yakin untuk memansuhkan tol di Lebuh Raya Utara-Selatan?

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1487480954752737

8. Hari ini, saya tunjukkan satu lagi klip video insan yang sama. Mari ikuti ucapan beliau.

https://youtu.be/5bXWCAlNy_M

“Kalau kita dapat menawan Putrajaya, kita sudah HAPUSKAN TOL PLUS dan Jambatan Pertama Pulau Pinang”

Ehhh....kejap, hairan pula saya. PH belum lagi menawan Putrajaya ke? Siapa yang memerintah di Kerajaan Pusat sekarang? Habis...... Apa yang nak ditunggu lagi oleh insan ini yang kini merupakan Menteri Kewangan Malaysia?

Yang dia kata TOL sudah “lama” free kalau PH menang, betul ke? Atau pun insan ini sebenarnya bermaksud “rakyat boleh tunggu lama-lama untuk mansuhkan TOL sekiranya PH menang”? Seperti ibarat “rakyat boleh mimpi kalau TOL lebuhraya dimansuhkan” yang pernah diungkapkan oleh Menteri Kerja Raya Baru Bian pada tahun lalu?

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/mansuh-tol-terpulang-kepada-rakyat-untuk-bermimpi-baru-bian-188583%3famp=1

9. Lupakah Guan Eng bahawa Setiausaha Politik Menteri Kewangan iaitu Tony Pua pernah mengeluarkan formula menghapuskan tol? Malah formula bernas Tony Pua itu disiarkan dalam Youtube UbahTV?

https://youtu.be/DMvQuCkgqhk

Jadi, Guan Eng mahu main wayang apa lagi ni?

Kalau betul nak beri keuntungan kepada rakyat, HAPUSKAN tol. Apa nak pusing-pusing cerita lagi?

Ingat, maksud hapus ialah robohkan plaza tol. Bukannya tukar frasa kutipan tol kepada caj kesesakan! Rakyat mahu tol dihapuskan sebagaimana janji manifesto PH, bukannya nak diskaun 18%!

Saya rasa pemikiran Guan Eng ini berkecamuk!

#TollFreeToTollForever

Sumber

Comments