Tahniah! Pelajar TAR UC jadi pelajar Malaysia pertama dalam sejarah jadi Juara Dunia ACCA Dec 2019 Exam


Tahniah kepada pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KU TAR), saudari Caroline Ng Yi Wye yang telah menjadi “Juara Dunia” (World No. 1) apabila memperolehi markah tertinggi bagi subjek “Strategic Business Leader” dalam ACCA Dec 2019 Exam.

Beliau juga merupakan pelajar Malaysia yang pertama memperolehi anugerah ini.

KU TAR yang diwujudkan oleh MCA sentiasa memastikan yuran pengajian ini dikekalkan pada tahap yang mampu ditanggung oleh rakyat, disamping mengekalkan kualiti pendidikan yang bermutu tinggi.

Kejayaan yang dicapai oleh Caroline Ng dan ramai lagi graduan KU TAR membuktikan kepada mereka yang berasa sangsi terhadap parti politik yang komited dan mengasaskan institusi pendidikan ini. Kalau niat seseorang itu semata-mata untuk menyalahkan pihak lain, pasti pelbagai helah boleh digunakan!

#TidakKiraWarnaKulit
#TidakMelihatLatarbelakang
#HanyaMenitikberatkanPendidikan

Sumber

Comments