Saya mengikuti Perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Negara semalam.
Antara isu yang dibangkitkan oleh YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker ialah mengenai skandal RM1.4 bilion melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Di Dewan Negara juga ada YB Senator Dr Yaakob Sapari dari PH (PKR). Beliau yang juga merupakan seorang Ahli Jemaah Pengarah NAFAS lantikan Menteri dilihat bangun mempersoalkan angka RM1.4 bilion ini. Aduh, Senator tak reti baca Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 (Buku Belanjawan 2020) ke?
Boleh rujuk video ini.
1. Beliau sendiri mengaku telah menandatangani perjanjian RM900 juta, bukannya RM1.4 bilion.
Perjanjian apa? Adakah beliau secara tidak langsung mengakui bahawa peruntukan tersebut dibuat secara rundingan terus? Sedangkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kata proses tersebut masih berjalan dan berada dalam Perbendaharaan?
https://www.sinarharian.com.my/article/59016/BERITA/Nasional/Tender-pertanian-RM14-bilion-bukan-skandal-kata-Salahuddin
2. Yaakob telah bertanya tentang butiran mana yang menyebut RM1.4 bilion.
Pelik, bagaimana seorang Senator yang juga Ahli Jemaah Pengarah NAFAS tidak tahu tentang peruntukan melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?
Takkan Yaakob tak tahu bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diperakukan peruntukan sebanyak RM1.55 bilion bagi Subsidi dan Insentif Subsektor Padi dan Beras untuk tahun 2020? Butiran semua termaktub di dalam Buku Belanjawan 2020, sila baca!
Nak saya huraikan?
1. Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) sebanyak RM395.0 juta.
2. Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) sebanyak RM460.0 juta.
3. Insentif Benih Padi Sah (IBPS) sebanyak RM75.0 juta.
4. Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) sebanyak RM620.0 juta.
Sudah lupa, Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub juga sudah mengaku bahawa beliau menulis surat kepada Perdana Menteri pada 7 November 2019 bagi memohon rundingan terus untuk NAFAS berjumlah RM1.4 bilion ini?
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/22/salahuddin-akui-tulis-surat-kepada-pm-sokong-beri-tender-pada-pertubuhan-peladang/
Hati-hati buka mulut Yaakob, jangan sampai jadi seperti Ketua Setiausaha yang ditukarkan tempat kerja.
Ya tak ya, Yaakob bukan pejawat awam dan selagi Menteri suka, dia kekal menjadi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS.
Sumber
Comments
Post a Comment