Respon terhadap Tabung Amanah Pendidikan Persatuan Alumni TARCian (TAA-ETF) yang meminta senarai nama kakitangan TAR UC


Respon terhadap Tabung Amanah Pendidikan Persatuan Alumni TARCian (TAA-ETF) yang meminta senarai nama kakitangan TAR UC

1. TAA-ETF menulis surat kepada pihak pengurusan TAR UC dan telah mengesyorkan cara menguruskan peruntukan kerajaan. Dalam surat mereka, TAA-ETF hanya menyebut tentang perbelanjaan peruntukan untuk biasiswa dan bursari (scholarship & bursary) untuk manfaat pelajar tetapi langsung tidak menyentuh tentang pengagihan “ganjaran” kepada para kakitangan. Secara tiba-tiba TAA-ETF meminta senarai nama kakitangan TAR UC semasa sidang media mereka semalam, katanya bagi tujuan mengedarkan ganjaran sebagai anugerah penghargaan. Ini sesuatu yang amat mengejutkan.

Apa yang terkandung dalam surat TAA-ETF sangat berbeza dengan apa yang diperkatakan dalam sidang media. Adakah ia bagi memenuhi tuntutan politik Lim Guan Eng?

2. Menurut perundangan, pengurusan TAR UC terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi, jadi bagaimana mereka dapat memberikan senarai nama kakitangannya kepada TAA?

3. Peruntukan kerajaan kepada TAR UC tidak melalui Kementerian Pendidikan, namun ia diuruskan mengikut kebijaksanaan TAA yang merupakan sebuah NGO. Apakah ini prosedur baru tatacara kewangan kerajaan?

4. Jika perbelanjaan mengurus oleh kerajaan Pakatan Harapan dikeluarkan oleh TAA-ETF, maka adakah semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang lain boleh buat perkara sama, meminta persatuan alumni mereka meminta ganjaran sebagai anugerah penghargaan daripada Kerajaan? Bagaimanakah Kerajaan dapat menangani keadaan itu untuk memastikan ia dibuat secara adil?

5. Sekiranya TAA-ETF benar-benar ikhlas mahu menyumbang kepada TAR UC, mereka hanya perlu mengesahkan bilangan kakitangan dan memindahkan wang terus kepada akaun bank Yayasan Pendidikan TAR UC (Public Bank 3183817633). Mengapa perlukan senarai nama kakitangannya?

6. TAA-ETF mahu mengagihkan “ganjaran” kepada kakitangan TAR UC tetapi tidak mahu melalui pengurusannya, ini jelas menunjukkan bahawa TAA-ETF tidak mempercayai pengurusan TAR UC. Kalau sudah tak percaya, kenapa masih mahu mengagihkannya kepada para kakitangan yang dipilih sendiri oleh pengurusan TAR UC?

Sumber

Comments