Projek kereta terbang tak guna! Marah betul anak buah Mat Sabu ni...


Perwakilan PAN sendiri balun kerajaan PH yang suka potong peruntukan untuk rakyat berpendapatan rendah.

Lebih teruk, pemimpin akar umbi PAN hentam projek kereta terbang yang disifatkan sebagai tak guna!

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kami-malu-nak-pertahankan-kereta-terbang-perwakilan-amanah-224742

Hahaha!!!

Apa kata menteri kereta terbang dari PPBM?

Eh, tak ada ke perwakilan PAN yang nak bangkitkan tentang skandal RM1.4 bilion yang sedang berlaku di Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani?

Jangan lupa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga merupakan Timbalan Presiden PAN 😏

Ya tak ya, dalam Buku Harapan, termaktub bahawa tiada projek rundingan terus (direct nego) lagi dan semua projek akan ditender secara terbuka (open tender).

Sekarang “direct nego” ini dihalalkan semula pula! Apa cerita ini? Manifesto bukan kitab suci. Bang Mat dakwa Manifesto PH telah dilaksanakan cuma rakyat tak sedar.

Melihat keadaan ini, rakyat lagi keliru dan tak faham. Pak Din terus langgar manifesto PH, katanya PM setuju, jadi PM mempunyai kuasa veto untuk overrule Manifesto PH?

Apa kata kita minta Bang Mat selaku Presiden PAN bagi komen sikit tentang perkara ini? Kalau ini bukan satu skandal, takkan satu lagi kebetulan?

Sumber

Comments