Program Sarapan Pagi percuma : PM Mahathir copy paste keresahan Wee Ka Siong?


Macam sama saja dengan apa yang pernah saya cakap pada bulan Ogos 2019 lalu kan? 😂

Saya masih ingat pada 5 November 2019, ketika Belanjawan 2020 nak diluluskan untuk peringkat dasar di Dewan Rakyat, saya bangun mempersoalkan samada Belanjawan 2020 ini nak meluluskan RM1.6 bilion untuk PSP atau pun sekadar meluluskan RM295 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT)?

Sedangkan butiran PSP langsung tidak disenaraikan dalam buku Belanjawan 2020. Tapi dihuraikan secara panjang lebar oleh Dr Maszlee semasa penggulungan perbahasan.

Ketika itu, ramai Ahli Parlimen PH mengejek saya malah Speaker Dewan Rakyat menganggap perkara tersebut boleh dibuat pindaan dalam peringkat jawatankuasa dan beliau terus “bulldoze” meluluskan Belanjawan 2020. Akan tetapi, apabila Belanjawan 2020 dibahas dan digulung di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan, PSP terus “hilang” dan tiada pindaan butiran tentang PSP.

Apa sudah jadi? Kenapa tak dengar teguran saya yang membina itu? Kan saya dah kata kekalkan RMT untuk 489,117 pelajar sekolah rendah yang miskin, kalau ada kemampuan tambahlah peruntukan untuk RMT agar jumlah penerima RMT akan bertambah dan lebih ramai pelajar dari golongan B40 akan menerima manfaatnya.

Sumber

Comments