Pertikaian mengenai Lim Guan Eng mahu serahkan peruntukan geran padanan kepada Tunku Abdul Rahman College Alumni’s Association Kuala Lumpur bukannya TARC Education Foundation yang memiliki KU TAR



Pertikaian mengenai Lim Guan Eng mahu serahkan peruntukan geran padanan kepada Tunku Abdul Rahman College Alumni’s Association Kuala Lumpur bukannya TARC Education Foundation yang memiliki KU TAR
————————————

1⃣ Terdapat lima (5) pertubuhan alumni KU TAR yang diluluskan oleh pendaftar pertubuhan ROS :

1. Persekutuan Persatuan-persatuan Alumni Kolej Tunku Abdul Rahman Malaysia, didaftarkan pada tahun 1989. (Selepas ini dikenali sebagai Persekutuan)

2. Persatuan Alumni Kejuruteraan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman Selangor (TEA), didaftarkan pada tahun 1982 dan kemudiannya ditukarkan kepada nama sekarang pada Julai 2019.

3. Persatuan Alumni Sekolah Sastera dan Sains Kolej Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur, (SAS) didaftarkan pada tahun 1982.

4. Persatuan Bekas-bekas Penuntut Sek Perdagangan Kolej Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur (SBS), didaftarkan pada tahun 1980.

5. Pertubuhan Alumni Warga KU TAR (TAA), didaftarkan pada tahun 2012.

Terdapat tiga (3) keahlian di bawah Persekutuan iaitu SBS, SAS dan TEA. Ketiga-tiganya mempunyai seramai 116,393 alumni KU TAR.

Terdapat ramai ahli dalam Persekutuan malah menjalin hubungan bersama alumni-alumni lain pelbagai fakulti sejak sekian lama; mereka lebih layak untuk dijadikan wakil berbanding TAA. Kenapa pula Lim Guan Eng memperuntukkan dana kepada TAA dan mengenepikan pihak yang lebih wajar bagi mewakili pertubuhan alumni?

Adakah kerana TAA badan bebas? Atau kerana TAA merupakan organisasi yang condong kepada Lim Guan Eng?

2⃣Geran padanan daripada kerajaan kepada pemegang amanah tidak diuruskan oleh pihak pengurusan KU TAR, jadi bagaimana sejumlah RM30 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan itu dapat memberi manfaat kepada KU TAR? Adakah Lim Guan Eng mahu 'kawal selia' dengan menggunakan alumni KU TAR yang baru ditubuhkan bagi menggantikan Yayasan Pendidikan KTAR (TEF)? Apakah muslihat yang sedang berlaku ini?

Yuran pengajian di KU TAR adalah antara yang paling rendah. Bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, KU TAR sendiri ada menawarkan sembilan (9) skim biasiswa merit kepada mereka yang cemerlang. Tahun lepas saja, sebanyak RM19.46 juta diperuntukkan kepada 4,193 pelajar KU TAR. Selain itu, terdapat 59 skim biasiswa dan bantuan pinjaman pengajian yang lain turut ditawarkan. Adakah RM30 juta ini bertujuan untuk diagih-agihkan kepada KU TAR atau ada niat lain?

3⃣ Memandangkan Lim Guan Eng dan Yap Kuak Fong ada menyatakan bahawa mereka mahu 'memberi manfaat kepada pelajar', manakala pemegang amanah TEF juga bersetuju untuk memberi subsidi yuran pengajian kepada setiap pelajar dengan menggunakan RM30 juta tersebut untuk dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank pelajar (ia konsisten dengan apa yang pernah dijanjikan Lim Guan Eng iaitu mahu memberi RM1,000 kepada setiap pelajar KU TAR), maka itu pihak kami khususnya Pengurusan KU TAR bersedia untuk memberikan senarai nama para pelajar kepada pemegang amanah yayasan yang bakal ditubuhkan oleh Lim Guan Eng. Tinggal lagi, adakah Lim Guan Eng ikhlas untuk menunaikan janjinya?

4⃣Ada ketikanya terdapat peruntukan nominal RM10 untuk keperluan pembangunan dan ianya akan menjadi pertimbangan untuk Belanjawan Negara seterusnya. Namun, KU TAR tidak pula menerima simbolik RM10 peruntukan nominal bagi perbelanjaan mengurus (OE) bagi tahun 2019 dan 2020. Seperti ada yang tersirat apabila tiada pertimbangan untuk meningkatkan peruntukan. Kata lain, sama ada peruntukan tersebut diuruskan oleh TAA atau seperti kata Guan Eng 'Peruntukan RM30 juta disalurkan jika MCA lepaskan kawalan', ianya tidak wujud dalam Belanjawan untuk tahun ini dan tahun hadapan; ianya datang dari sumber yang tidak diketahui dan tidak mengikut prosedur yang betul. Lim Guan Eng telah menunjukkan contoh yang tidak baik apabila mengenepikan atau melanggar prosedur. Tidak hairanlah kenapa Lim Guan Eng tidak dapat menjawab pertanyaan pemberita apabila ditanya mengenai peruntukan tersebut semalam ketika sidang medianya.

5⃣ Lim Guan Eng mahu MCA melepaskan semua jawatan di dalam Lembaga Pemegang Amanah dan Lembaga Pengurus (Board of Governors) KU TAR malah beliau juga mengatakan bahawa Kementerian Kewangan akan turut terlibat dalam menubuhkan tabung amanah yang baru diumumkan. Beliau juga kata KU TAR perlu membenarkan operasinya dijalankan secara bebas tanpa campur tangan parti-parti politik termasuk kerajaan. Tapi semalam, beliau dan Teo Nie Ching sendiri menghadiri sidang media TAA, tidakkah kedua-duanya mewakili parti politik dan pemerintah? Bertambah pelik apabila Lembaga Pengurus mempunyai empat (4) wakil dari Kementerian Pendidikan dan satu (1) dari Kementerian Kewangan, mengikut perundangan sedia ada mengenai penubuhan BOG sejak tahun 2013; ini merupakan struktur yang tidak wujud di dalam mana-mana institusi pengajian swasta yang lain. Adakah Lim Guan Eng tidak mempercayai pegawai kerajaan? Beliau kini menjawat jawatan tinggi, beliau boleh saja menggantikan mana-mana pegawai dengan pegawai yang lain untuk menduduki Lembaga Pentadbir KU TAR, kenapa pula merumitkan keadaan?

———

Adakah Lim Guan Eng benar-benar ikhlas membantu pelajar KU TAR atau beliau sebenarnya cuba membinasakan KU TAR?

Sumber

Comments