Penerbangan awam Malaysia mungkin dikawal hanya satu badan : Keputusan diktator?



Penerbangan awam Malaysia mungkin dikawal hanya satu badan pada masa akan datang. Itu yang dilaporkan media.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/12/penerbangan-awam-mungkin-dikawal-1-badan-kata-laporan/

Dalam masa sama, Pengerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Dr Nungsari Ahmad Radhi kata, ia tidak dibincangkan secara bersama.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/12/mavcom-we-were-not-about-merger-with-caam

Saya faham, laporan berita asal oleh The Edge hanya memetik kenyataan 'pelbagai sumber'. Tapi sebagai kerajaan, PH sepatutnya segera tampil memberi penjelasan.

Adakah benar Mavcom dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan digabungkan?

Apakah dengan penggabungan ini maka taraf keselamatan penerbangan Malaysia akan kembali baik selepas diturunkan daripada Kategori 1 ke Kategori 2 (sama taraf dengan Bangladesh, Ghana, Costa Rica dan Curacao)?

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/taraf-keselamatan-penerbangan-amerika-tendang-malaysia-satu-tangga-222389

Sebagai kerajaan yang kononnya demokrasi, PH sepatutnya mengadakan libat-urus pelbagai pihak dalam membuat sesuatu keputusan penting, bukannya secara diktator atau 'one man show'.

Jangan pula nanti, bila sudah buat keputusan, PH buat pusingan U. Ini pastinya menyusahkan dan memberi implikasi buruk kepada negara.

Sumber

Comments