MySalam Tak Tolong, Saya Cari Dana Lain #DemiRakyat


#WeePrihatin
#MySalamTakTolongSayaCariDanaLain

Ingat lagi beberapa kes tuntutan mySalam di kawasan saya? CEO mySalam balun saya kononnya pesakit kronik tak perlu membayar RM40 untuk mendapatkan laporan perubatan.

Kerajaan PH kantoi apabila saya dapat menunjukkan resit rasmi pembayaran RM40 tersebut dan mereka terus senyap!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1414184842082349&id=1002345083266329

Jika mySalam enggan membantu pesakit kronik, tak apalah. Masih ada badan kebajikan yang sudi membantu. Terima kasih BAKTI yang memberi bantuan perubatan kepada mereka.

Pesakit bernama Lalitha Selvakumar dan Hairul Annuar Omar ini antara insan yang menerima sumbangan.

Perjumpaan hari ini penuh dengan suasana sedih, ada yang menitiskan air mata kerana mereka memang dahagakan bantuan untuk menjalankan rawatan.

Kini sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya tidak bernasib baik seperti Ahli Parlimen PH kerana telah dinafikan peruntukan Kerajaan. Tetapi saya tetap tidak berganjak dengan prinsip membela rakyat dan terus berikhtiar untuk mendapatkan sokongan masyarakat luar, demi warga Parlimen Ayer Hitam.

Sumber






Comments