Menteri PH ponteng Dewan Rakyat - Undi belah bagi Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat



Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan korum di Dewan Rakyat sering dibangkitkan sehingga loceng dibunyikan berkali-kali. Akan tetapi, para Menteri PH tidak mengambil iktibar daripada pengajaran lalu. Ramai Menteri masih lagi ponteng parlimen malah, perkara ini turut dilaporkan oleh pihak media.

Petang tadi berlangsungnya sesi perbahasan Belanjawan 2020 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Seramai 29 orang Ahli Parlimen telah berbahas dan Timbalan Menteri Hannah Yeoh menggulungnya.

Ketika itu, tiada kelihatan seorang pun Menteri berada di dalam Dewan Rakyat dan mereka seperti tidak mengambil berat langsung tentang Belanjawan 2020.

Bila sampai masa untuk memutuskan usul belanjawan mengurus (B48), blok pembangkang 'ambush' dan meminta undian belah bahagi. PH kemudiannya panik kerana Ahli Parlimen mereka tak cukup ramai dan Speaker Tan Sri Ariff terpaksa mengambilalih dari Timbalan Speaker Datuk Rashid agar Rashid boleh mengundi.

Keputusan pengundian, PH 32 manakala Pembangkang 28.

Sebenarnya BN dan PAS ada 28 undi, PH juga mempunyai 28 undi, akhirnya 3 orang Ahli Parlimen dari GPS dan seorang Ahli Parlimen bebas dari Sabah menyokong Belanjawan, barulah PH menang tipis, nyaris-nyaris terkandas!

Sampai pengundian kali kedua untuk belanjawan Pembangunan (P48), pihak PH sudah menggunakan taktik melengah-lengahkan masa dan membuat panggilan kepada Ahli-ahli Parlimen PH supaya segera datang ke Parlimen untuk mengundi. Akhirnya keputusan PH 45 dan Pembangkang 28.

Kementerian Pembangunan Wanita diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, takkan Menteri PH tak bagi muka? Jikalau Belanjawan hari ini ditolak, maka mengikut amalan demokrasi Barat, Parlimen perlu dibubarkan dan diadakan Pilihan Raya!

Tapi malangnya, PH masih angkuh serta tak insaf dengan kesilapan mereka, sebaliknya Ahli Parlimen Jelutong dan lain-lain terus memerli tindakan pembangkang yang meminta pengundian belah-bagi.

Tanggungjawab Ahli Parlimen Kerajaan ialah menjaga korum dan memastikan belanjawan tahunan diluluskan oleh Parlimen, bukannya mengejek pembangkang!

Wahai para Menteri PH, boleh serius sikit tak? Jangan selalu ponteng parlimen!

SUMBER

Comments