Menteri Kewangan Lim Guan Eng ada umumkan peruntukan berjumlah RM450 juta. Katanya untuk menggalakkan budaya digital dan beralih kepada masyarakat tanpa tunai.
15 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun akan menerima RM30 secara 'ONE OFF' mulai bulan hadapan.
Bermakna, mulai Januari 2020.
Saya ulang, ONE OFF. Sekali saja. Lagi pun, tak hairan pun beri ganjaran RM30 secara “one off” kerana WeChat Pay dan banyak lagi syarikat e-dompet sudah berlambak beri “angpau” atau ganjaran seumpama ini!
https://www.roketkini.com/2019/12/05/kerajaan-ph-sedia-rm30-kepada-15-juta-rakyat-malaysia-menerusi-e-dompet-januari-depan/
Saya sudah menyentuh tentang isu ini ketika Perbahasan Belanjawan 2020 pada 14 Oktober lalu. Boleh lihat video ini, minit ke 27:00.
https://www.facebook.com/MCAHQ.MY/videos/531017414324148/
Apa yang saya nak nyatakan hari ini, jangan kita lupa bahawa mulai tahun depan juga CUKAI DIGITAL sebanyak 6% akan dilaksanakan!
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/12/635879/google-mula-kenakan-cukai-digital-6-peratus-januari-ini
Netflix, Spotify, Amazon, pengiklanan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, aplikasi dan permainan di telefon pintar antara yang akan dikenakan cukai digital ini.
Penyedia perkhidmatan digital asing ini mempunyai dua pilihan. Sama ada menanggung cukai digital atau melepaskan kos tersebut kepada pelanggan menerusi kenaikan harga sebanyak 6%.
Ramai yang menjangkakan 6 peratus ini akan ditanggung oleh pengguna. Apa komen anda?
#PHMansuhGSTPerkenalCukaiBaru
Sumber
Comments
Post a Comment