Lim Guan Eng tak dapat bezakan kasih sayang sesama manusia dengan politik.


Inilah yang membezakan saya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan.

Ya, kasih sayang saya kepada manusia bersifat sejagat, tidak mengira latarbelakang politik, tak kisahlah dia itu Guan Eng ke, Kit Siang ke, Tun Mahathir ke.

Semua agama mengajar manusia berbaik-baik sesama insan dan agama mana yang menyeru penganutnya berdendam antara satu sama lain?

Kasih sayang sesama manusia dengan politik adalah dua perkara berbeza. Dalam arena politik, kita boleh berbeza pendapat, berbahas dan mengkritik seseorang kerana pendirian yang berlainan. Tapi, tak perlulah simpan perasaan dendam kesumat.

Lim Guan Eng kata ungkapan 'kasih sayang' saya kepada beliau sebagai hipokrit.

“Kalau dia cakap sayang saya, boleh ke percaya kasih dia ini? Janganlah hipokrit sangat."

https://malaysiagazette.com/2020/01/22/sayang-menyayang-antara-guan-eng-dan-ka-siong/

Guan Eng tak faham, kasih sayang sesama manusia bukanlah melalui cara seperti membodek saja. Sebagai seorang Buddhis, saya diajar supaya tidak dengki-mendengki terhadap orang lain. Salah ke?

Jelas di sini menunjukkan isi hati sebenar insan bernama Lim Guan Eng. Betapa beliau cukup berdendam dan mempunyai perasaan curiga terhadap orang lain.

Kasih sayang sesama manusia dengan politik pun dia tak dapat bezakan.

Tak mengapa, saya ok saja. Biarkan Guan Eng dengan keangkuhannya...

Sumber

Comments