Lepas Presiden PAN, abang Mat kata manifesto PH sudah dilaksanakan tapi rakyat saja yang tak tahu, semalam nada sama dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Kata Guan Eng, 60% janji manifesto PH sudah ditunai.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/08/60-janji-manifesto-ph-sudah-ditunai-kata-guan-eng/
Yakin sungguh Guan Eng. Tapi, adakah rakyat percaya?
Semasa PRU14, PH telah menabur 60 janji dalam Buku Harapan. Manakala 10 Janji mahu dilaksanakan dalam masa 100 hari PH ambil alih Putrajaya. Mari kita lihat.
Janji 1: Menghapuskan GST.
Ya, PH berjaya hapuskan GST. Tapi dalam masa sama, PH telah gantikan GST dengan sistem percukaian lama iaitu SST. Jangan lupa, PH juga perkenalkan cukai-cukai baru yang membebankan rakyat. Antaranya, cukai soda, cukai digital, levi pelepasan dan cukai hartanah CKHT.
Janji 2: Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat.
Saya jemput Lim Guan Eng baca apa kata rakyat seperti laporan media ini.
Rakyat mengeluh harga barang naik kerana SST
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/469035/rakyat-mengeluh-harga-barang-naik-kerana-sst
Janji 3: Berkongsi kekayaan negara secara bersasar.
Apa yang kita dapat lihat, selepas PH menawan Putrajaya, ianya hanya memberikan berita gembira kepada kroni. Terbaru mengenai skandal RM1.4 bilion melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Inikah yang dikatakan kongsi kekayaan?
Janji 4: Menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa.
PH sekadar meneruskan program BN terdahulu seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Kejayaan PH hanyalah mencabut logo 1Malaysia saja. PPA1M jadi PPAM. Boleh lihat kediaman ini di Jalan MRR2 Kepong, berdekatan dengan Taman Layang-Layang.
Janji 5: Meringankan beban hidup yang ditanggung oleh anak muda.
Semasa zaman BN, BR1M kepada orang bujang ialah sebanyak RM450. Manakala zaman PH, hanya RM100. Sedangkan, Belanjawan 2019 sebanyak RM316.55 bilion telah diperuntukkan kerajaan PH dan jumlahnya jauh lebih besar berbanding RM282.25 bilion pada 2018 yang dibuat BN. Janji 1 juta peluang pekerjaan sunyi sepi. Menteri Belia dan Sukan pula sibuk dengan gojeknya.
Janji 6: Menghapuskan kutipan tol
Ini paling menarik kerana ia paling popular dalam ceramah PH suatu ketika dahulu. Apa yang PH buat ialah, nama 'kutipan tol' dijenamakan sebagai 'caj kesesakan'. Tol percuma kini jadi tol selama-lamanya. Janji Guan Eng nak hapuskan tol Lebuh Raya Utara Selatan hanya tinggal dalam kenangan.
Janji 7: Menyediakan subsidi minyak bersasar
Dalam ceramah, ramai pemimpin PH janji mahu turunkan minyak sehingga RM1.50 seliter. Tapi tak mengapalah, ia tidak dimasukkan dalam manifesto. Cuma apa yang kita dapat lihat sejak PH memerintah, harga minyak RON97 kerap naik. Terbaru mengenai RON95 pula, kerajaan PH akan menaikkannya 1 sen setiap minggu mulai tahun depan (beberapa hari saja lagi).
RON95 naik satu sen setiap minggu bermula tahun depan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/632544/ron95-naik-satu-sen-setiap-minggu-bermula-tahun-depan
Janji 8: Memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam.
PH pandai main wayang dalam isu ini. Masih ingat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)? PH pendekkan laluan, tidak lagi membina terowong di Gombak-Bentong sebaliknya merentasi Negeri Sembilan (sebab masa itu ada PRK Rantau) dan kemudiannya mereka bangga kononnya berjaya mengurangkan kos pembinaan ECRL. Begitu juga dengan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) di Johor dan keretapi laju KL-Singapura (HSR). Semuanya dipolitikkan. Apa idea baharu yang diperkenalkan PH? Jawapannya, bas mini yang popular semasa tahun 90an - era PM ke 4.
Janji 9: Mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan
Jarak 3 meter. Ini mungkin sinonim dengan menteri kesihatan PH yang memperkenalkan jarak larangan merokok di premis makanan. Langkah yang murni tapi adakah pelaksanannya cukup baik dan berkesan? Oh ya, jangan lupa tentang skim mySalam. Isu yang saya selalu bangkitkan di Dewan Rakyat. Nampak gah tetapi bila rakyat hendak menuntut pembiayaan, bukan main susah lagi. Boleh lihat di sini, pesakit-pesakit datang ke pejabat saya mengadu tentang masalah mereka :
https://www.facebook.com/wksbmenglish/videos/skim-mysalam-kerajaan-ph-tak-ikhlas-bantu-rakyat-kehari-ini-penduduk-di-kawasan-/709089902893565/
Janji 10: Menjamin keperluan makanan asas rakyat dan menjaga kebajikan petani.
Tak perlu saya nak ulas panjang tentang Janji 10 ini. Cukuplah dengan 'salam RM1.4 bilion'. Adakah kebajikan petani benar-benar terbela? Atau hanya membela kroni sehingga menyewa berpuluh bilik hotel semasa PRK Tanjung Piai?
Dalam 10 janji, hanya 1 saja ditunaikan iaitu memansuhkan GST. Selebihnya, hanya tinggal janji. Tempoh 100 hari pun sudah jadi hampir 2 tahun. Itu belum lagi kita teliti kesemua 60 janji yang termaktub dalam Buku Harapan.
Jadi, adakah rakyat percaya kata-kata Lim Guan Eng bahawa 60% janji manifesto PH sudah ditunai?
Sumber
Comments
Post a Comment