Isu TAR UC - Menteri Pendidikan pun tergamam


Semalam di Dewan Rakyat, saya telah membangkitkan isu mengenai penubuhan Tabung Amanah Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KU TAR) yang diumumkan oleh Menteri Kewangan. Saya bertanya beberapa persoalan pokok kepada Menteri Pendidikan iaitu:

1. Kenapa PH membenarkan penubuhan Tabung Amanah KU TAR memandangkan pemilik sah KU TAR adalah TARC Education Foundation (TEF) mengikut Akta IPTS (Akta 555)? Nak menggulingkan pemilik sah KU TAR? Apa motifnya?

2. Kenapa pula Menteri Kewangan sibuk dengan urusan di bawah Kementerian Pendidikan? Sampai Guan Eng menggunakan pengaruhnya sebagai Menteri Kewangan dengan membicarakan tentang isu pendidikan melalui wawancara secara siaran langsung di saluran 8TV dan Astro Awani.

3. Kalau Menteri Kewangan nak bagi peruntukan kepada NGO seperti Persatuan Alumni KU TAR, itu adalah hak dia. Tapi ianya BUKAN geran padanan yang dijanjikan oleh Kerajaan pada 5 Disember 2012 dan Kerajaan masih perlu menunaikan obligasinya kepada KU TAR iaitu tidak melebihi RM60 juta setahun.

4. Saya tanya Menteri Pendidikan samada peruntukan RM30 juta yang diumumkan oleh Guan Eng pada minggu lalu di bawah Belanjawan 2019 itu disenaraikan di dalam Belanjawan 2019 yang telah diluluskan pada tahun lalu? Mengarut! Bagaimana pula boleh wujud peruntukan RM30 juta yang dijanjikan oleh Menteri Kewangan untuk Belanjawan 2020? Saya tanya Dr Maszlee di bawah butiran peruntukan mengurus atau pembangunan KPM, yang mana satu?

Ternyata Dr Maszlee yang menggulung perbahasan bagi pihak Kementerian Pendidikan turut tergamam apabila tidak dapat menjawab segala pertikaian tentang KU TAR yang saya huraikan.

Melihat keadaan begitu dan juga kesuntukan masa, saya meminta beliau memberikan jawapan secara bertulis sajalah! Sama-sama kita menunggu jawapan Kerajaan PH yang mana segala pengumuman Lim Guan Guan tidak termaktub di dalam buku Belanjawan 2019 dan 2020.

Acap kali saya menyebut nama Menteri Kewangan, mesti ada beberapa orang kaki bodek Guan Eng berkelakuan seperti 'kera kena belacan' dan melenting tak tentu arah. Saksikan gelagat beberapa orang Ahli Parlimen DAP yang cuba mencelah serta menghalang saya untuk mengupas isu KU TAR. Saya tidak membenarkan mereka mencelah tetapi konco-konco Lim Guan Eng tidak menghiraukan Peraturan Mesyuarat dan terus buat “kacau”.

#JanganMenindasKUTARYangDiasaskanOlehMCA

Sumber

Comments