Lim Guan Eng tak habis-habis nak membuli Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) sejak 2 Nov 2018 ketika membentang Belanjawan 2019.
Ketika itu dia umum TIADA geran padanan yang selama ini di bawah butiran OE dalam Belanjawan Kementerian Pendidikan dan hanya diberi RM5.5 juta sebagai peruntukan pembangunan (DE).
Pada 11 Oktober 2019, beliau sekali lagi bentang Belanjawan 2020, sekali lagi TIADA geran padanan untuk KUTAR dan hanya RM1 juta sebagai peruntukan pembangunan.
Selepas kekalahan teruk PH di PRK Tanjung Piai, Guan Eng umum sekurang-kurangnya peruntukan RM30 juta diberikan kepada KUTAR pada tahun 2019. Seminggu kemudian naik kepada RM40 juta. Kemudian, Guan Eng janji lagi bahawa tiap-tiap tahun akan ada peruntukan minima RM30 juta dengan SYARAT dana diberi melalui Tabung Amanah yang akan ditubuhkan oleh Persatuan Alumni KUTAR (TAA) pada hujung bulan ini.
Seperti ulasan mantan PM DS Najib Razak, ianya janggal sekali, mana ada dana Kerajaan disalurkan kepada universiti melalui Persatuan Alumni Universiti? Mengikut Akta 555, pemilik sah KUTAR adalah TARC Education Foundation, tapi dana Kerajaan disalurkan kepada pihak lain yang bukan merupakan pemilik Kolej Universiti.
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156571093400952?d=n&sfns=mo
Guan Eng dengan teorinya “politik dan pendidikan” mesti dipisahkan, soalnya siapa yang mempolitikkan isu ini? Tak pelik ke apabila kenyataan media dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung DAP yang memberi respon tentang isu KUTAR? Keliru ke kedudukan Menteri dan Setiausaha Agung parti?
Lihat semua kenyataan Menteri Kewangan selama ini, memang penuh dengan dendam kesumat yang teramat sangat terhadap MCA. Bagi Guan Eng, asalkan tiada pemimpin MCA berada di dalam Lembaga Pemegang Amanah dan Lembaga Gabenor KUTAR, Kerajaan PH baru akan menyalurkan terus kepada KUTAR? Ini tiada motif politik ke?
Beliau membuli MCA dan KUTAR, boleh rujuk hantaran FB saya yang bersertakan klip video seperti berikut:
https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1447118905455609?sfns=mo
Kalau MCA yang mengasaskan Kolej Tunku Abdul Rahman dengan bantuan kewangan kerajaan terdahulu selama 50 tahun berjumlah RM1.353 billion sehingga Kolej TAR dinaiktaraf kepada Kolej Universiti TAR pada tahun 2013, dengan jumlah enrolmen pelajar 28,000, bukankah ini satu kejayaan besar?
Dulu pinjam bilik darjah, sekarang sudah memiliki sebuah Kampus Induk dan 5 cawangan di seluruh negara. Ini semua hasil perjuangan para pemimpin MCA sejak tahun 1968 sehingga hari ini dan disokong Komuniti Cina bersama-sama melahirkan graduan seramai 200,000 orang.
Lagi pun, tak pernah ada kes penyelewengan wang atau kes pecah amanah selama 50 tahun dulu, KUTAR berkembang maju, yuran pengajian terendah tetapi berkualiti berbanding semua IPTS di Malaysia. Apakah dosa MCA?
Banyak tohmahan dilemparkan oleh Guan Eng terhadap KUTAR dan MCA, sampai guna kedudukan Menteri untuk muncul diwawancara menerusi stesen 8TV, ASTRO Awani dan membuat dakwaan bukan-bukan. Saya mengajak beliau berdebat, tapi dia PENGECUT langsung tak berani!
Terbaru, konco-konco Guan Eng mendakwa dana tidak boleh disalurkan kepada KUTAR kerana dikhuatiri MCA mengaut keuntungan. Ini memang otak tak betul! Saya tunjukkan bukti pembayaran oleh Kerajaan terdahulu yang disalurkan terus ke akaun KUTAR, bukan akaun MCA! Tolong jangan fitnah!
Satu keunikan Kolej Tunku Abdul Rahman dan kemudiannya KUTAR ialah institusi ini diurus tadbir oleh sebuah Lembaga Gabenor (BOG) di mana keanggotaan BOG terdiri daripada wakil pemegang amanah, mantan Presiden Institusi Jurutera Malaysia, Presiden & Wakil Akademik KUTAR, 2 orang pemimpin alumni TARUC (Presiden Federation & TAA), 4 orang wakil Kementerian Pendidikan dan seorang wakil Kementerian Kewangan. Mana ada struktur BOG seumpama ini bagi semua IPTS di Malaysia? Pakailah otak sikit, macam mana nak selewengkan wang KUTAR sewenang-wenangnya? Mengarutlah! Guan Eng tak percaya penjawat awam lantikan MOE dan MOF?
Malaysia Baharu apa pun boleh!
Menteri Kewangan yang tidak memiliki kelulusan akauntan bertauliah, dilihat tidak mampu mengurus ekonomi dan tak ada kerja lain asyik membicarakan isu pendidikan, secara spesifik hanya tertumpu kepada dana KUTAR sahaja.
Apa yang menghairankan, soal penubuhan Yayasan itu memang kuasa Menteri Perdagangan Dalam Negeri untuk luluskan, Guan Eng pun turut campurtangan, sampai boleh umum penubuhan tabung TAA pada hujung bulan ini yang mana mengikut akta, ianya memang di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Apa kata saya cadangkan kepada PM Tun Dr Mahathir supaya melantik Guan Eng Menteri Kewangan (Tiada Fungsi) merangkap Menteri Tanpa Portfolio yang pernah wujud pada satu ketika, maka Guan Eng boleh buat apa saja dia suka, Menteri KU TAR (MenKUTAR), Menteri Hal Ehwal MCA (MenHeMCA) .... serba boleh๐๐.....
Sumber
Comments
Post a Comment