Terlalu banyak “kebetulan” di Tanjung Piai sejak 1 bulan yang lalu.


Menteri Industri Utama Teresa Kok mengubah cara berkempennya setelah beliau sebelum ini kantoi mengedarkan sebotol kecil minyak sawit kepada pengundi Tanjung Piai pada 26 Oktober lalu. Tindakan tersebut dianggap satu bentuk sogokan.

Semalam Teresa Kok ubah taktiknya dengan mengedarkan sebotol kecil kepada pengundi Tanjung Piai yang dapat menjawab soalan mudah seperti pertandingan kuiz.

Tak pasti SPR dan BERSIH pernah mengkaji pemberian sebotol kecil minyak sawit dengan taktik teka-teki seumpama ini?

Emm..... Menteri memang jurujual domestik yang hebat menjelang PRK. Tapi, nasihat saya ialah perbanyakkan promosi di luar negara serta kekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan India dan China kerana kedua-dua buah negara tersebut adalah pembeli terbesar minyak sawit Malaysia.

Kebimbangan saya cuma mengenai ketegangan hubungan dua hala Malaysia-India baru-baru ini akan memberi kesan kepada ekspot sawit ke India yang akhirnya memudaratkan 600,000 pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia.

Saya ingin mengingatkan, isu pembelian minyak kacang soya oleh China dari US merupakan salah satu agenda utama rundingan Perang Perdagangan US-China dan China sedang mempertingkatkan pembelian minyak sawit dari Indonesia yang mempunyai harga lebih kompetatif.

Rujuk balik hansard Parlimen kenyataan saya atau rujuk klip video di Dewan Rakyat ini. Saya cakap lain, Menteri faham lain.

https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1410143092486524/

Bahasa Melayu yang mudah pun YB Menteri tak faham! Ingat dulu masuk Tingkatan 6 di Kolej Tunku Abdul Rahman sudah dipertingkatkan penguasaan BM, kemudian lulus STPM dan memasuki Universiti Sains Malaysia, tapi akhirnya pemahaman BM Menteri masih lemah. Saya cadangkan YB Menteri masuk semula ke sekolah dan mengambil kertas Julai subjek BM melalui SPM (Ulangan)!

Wahai Menteri, tak payah kuat melenting sehingga menggelar saya “si gemuk yang tak buat “homework” kononnya dan asyik mendakwa India dan China kurang membeli sawit Malaysia”.

Samada saya gemuk, kurus, kacak atau hodoh, itu bukanlah portfolio jagaan Menteri Industri Utama. Saya yakin agama yang dianuti Teresa Kok tidak mengajar pengganutnya mempersendakan orang lain berdasarkan tubuh badan. Mulut celupar membawa padah tau?

SUMBER

Comments