Fakta dan realiti hari ini ialah negara China serta India tak jadikan Malaysia sebagai negara utama pembelian sawit.
China-US sedang berunding tentang minyak soya. Sawit Indonesia lebih diminati.
Negara India pula secara terang-terangan dilihat memboikot sawit Malaysia.
Saya cabar Teresa Kok menafikan laporan yang mendedahkan ekspot sawit ke India jatuh 60% dari bulan Ogos - Oktober tahun ini. Sila saman Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kalau laporan yang dikeluarkan tidak betul!
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column%2FcthemeByCat&cat=139&bul_id=TU82ODNLYzFpcE9IcC95V3JaSUVpUT09&menu_id=azJjRWpYL0VBYU90TVhpclByWjdMQT09
Bila China dan India tak beli sawit Malaysia, adakah ia salah US atau salah Indonesia?
Kenapa Teresa Kok sebagai Menteri Industri Utama tidak memikirkan cara paling berkesan untuk menangani permasalahan ini?
Sibuk dengan kempen minum sesudu minyak sawit setiap hari.
Tak cukup dengan itu, buat kuiz semasa berkempen. Soalan, "siapa calon PH di Tanjung Piai". Siapa dapat jawab betul, dapat hadiah sebotol kecil minyak sawit.
https://m.malaysiakini.com/news/499517
Adakah dengan cara ini harga komoditi akan kembali pulih dan baik seperti dulu?
Sudahlah kempen entah apa-apa, lepas itu 'cari pasal' dengan negara luar dan merosakkan hubungan diplomasi antarabangsa.
Wahai Teresa Kok, apa guna berwajah cantik dan awet muda dengan meminum minyak sawit kalau rakyat khususnya pekebun kecil terpaksa ikat perut?
Semalam, Teresa Kok ponteng sidang Parlimen. Macam tak serius jadi menteri!
Dapat gaji berpuluh ribu sebulan. Patutnya dia sebagai menteri bertanggungjawab datang menggulung perbahasan Belanjawan 2020 Kementerian Industri Utama di peringkat Jawatan Kuasa.
Tapi dia pentingkan kempen di Tanjung Piai berbanding isu melibatkan portfolionya yang semakin kronik dan meresahkan rakyat.
Lainlah kalau dia berada di luar negara atas urusan kepentingan rakyat. Misalnya perbaiki hubungan diplomasi antarabangsa dan memastikan negara luar membeli sawit dari Malaysia sekaligus menguntungkan pekebun kecil.
Lihat lampiran yang saya sertakan ini. Kalau Menteri Industri Utama PH ini dapat kepujian dalam SPM bagi subjek BM, maka dia mesti faham perkataan-perkataan yang bergaris merah ini.
#TanjungPiaiTolakPakatan
#ApaLagiMauTipu
SUMBER
Comments
Post a Comment