#BuktiResitLaporanPerubatan
#SkimMySalamAtauMySilap
Pada 6 November 2019, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah mySalam & Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican telah menyiarkan satu kenyataan merujuk kepada artikel yang disiarkan menerusi CodeBlue bertarikh 28 Oktober 2019 bertajuk “Pesakit B40 tidur di Hospital Selayang, dan ditolak bantuan mySalam”.
https://codeblue.galencentre.org/2019/11/06/mysalam-denies-patients-charged-rm40-for-medical-reports
Terdapat dua pesakit yang dinyatakan iaitu Encik Hairul Anuar Omar dan Puan Lalitha Selvakumar.
Muka surat pertama (perenggan terakhir) dan muka surat kedua (perenggan pertama) dalam kenyataan ini menyebut bahawa ;
"Tiada sebarang bayaran telah dikenakan kepada pesakit ketika beliau membuat permohonan laporan perubatan di Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang pada 14 Oktober 2019. Untuk makluman, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan pekeliling kepada semua Pengarah Hospital, Pengarah Kesihatan Negeri dan Pengarah Institusi pada 14 Ogos 2019 bahawa semua caj BAYARAN LAPORAN PERUBATAN DIKECUALIKAN UNTUK PESAKIT YANG MEMBUAT TUNTUTAN SKIM MYSALAM."
Tapi ada bukti jelas berupa resit bahawa kedua-dua pesakit ini TELAH MEMBAYAR RM40! Takkan pesakit nak tipu kerajaan? Mereka memang jujur, cakap apa yang benar. Kalau mata kita tak buta, tentu boleh nampak resit itu dengan jelas.
Ini skim mySalam atau mySilap? Apa yang lebih teruk ialah mySalam sudah silap apabila menuduh orang, tak mengaku pula sehingga membuat fitnah terhadap pesakit!
Aduhai.....Apa cerita?
#ApaLagiMauTipu
SUMBER
Comments
Post a Comment