Demi Kebajikan Penanam Sayur



#DemiKebajikanPenanamSayur

Ketika Ahli Parlimen Selayang (PKR) YB William Leong Jee Keen berucap, saya mencelah dengan membangkitkan isu berkaitan kebajikan penanam sayur di negara ini.

Saya peka dan khuatir dengan nasib penanam-penanam sayur khususnya di kawasan saya, Ayer Hitam yang bergelut dalam kehidupan seharian mereka.

Saya bimbang dan bersimpati dengan apa yang menimpa para petani. AP diberi secara berleluasa kepada syarikat swasta untuk mengimport sayur-sayuran dari China dan Indonesia.

Penanam sayur-sayuran tempatan sukar untuk mencari rezeki atau bersaing kerana lambakan sayur-sayuran asing yang lebih murah masuk ke Malaysia. Inilah yang mengakibatkan golongan penanam sayur sengsara kerana permintaan domestik rendah manakala kos pengeluaran pula tinggi.

Sepatutnya kerajaan mementingkan kehidupan golongan penanam sayur di Malaysia serta memberi galakan kepada mereka untuk meningkatkan produktiviti. Tetapi, AP yang dikeluarkan terbukti membantutkan usaha kerajaan yang mahu mengurangkan kebergantungan makanan import sedangkan Malaysia ada kemampuan menghasilkan makanan sendiri.

Mudah-mudahan nasib penanam sayur terus terbela dan mendapat perhatian serius kerajaan PH.

Video

Sumber

Comments