Apa cerita MAS?



#ApaCeritaMAS

Saya tahu ramai yang tertanya-tanya mengenai isu membabitkan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS), khususnya para kakitangan mereka.

Melihat kepada jawapan yang saya terima, menteri kata hal-hal berkaitan penjualan MAS masih belum dimuktamadkan. Baca perkara nombor 4 dalam lampiran yang saya sertakan ini.

Nampak seolah-olah syarikat ini sedang bersungguh-sungguh untuk memulihkan MAS. Tapi kalau kita lihat kenyataan-kenyataan pemimpin kerajaan PH di luar, lain pula ceritanya.

Contohnya pada 20 Mac 2019, Perdana Menteri sendiri membayangkan MAS akan dijual, malah sudah ada pembeli yang berminat!

Memetik laporan Sinar Harian Online,

"Meskipun menyayangi MAS dan berhasrat meneruskan penerbangan negara itu, namun, Dr Mahathir mengakui kerajaan sudah tidak mampu lagi menanggung kerugian syarikat tersebut."

https://www.sinarharian.com.my/article/19073/BERITA/Nasional/Sudah-ada-pihak-minat-beli-MAS-Tun-Mahathir

Sudah tentu kenyataan yang keluar daripada PM akan memberi kesan kepada MAS secara keseluruhannya.

Apa gunanya meningkatkan mutu perkhidmatan MAS dan sebagainya jika PM sendiri seperti sudah mencampak MAS ke dalam tong sampah?

Memandangkan kerajaan PH terkenal dengan amalan memungkiri janji, maka orang ramai tidak perlu meletakkan harapan tinggi dengan merasakan MAS tidak akan dijual.

Mungkin juga jawapan yang saya terima ini sekadar menyedapkan hati orang ramai?

SUMBER :
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1393050870862413

Comments