Tahniah UTAR Kerana Tersenarai Universiti Terbaik Dunia



#TahniahUTARKeranaTersenaraiUniversitiTerbaikDunia

Tahniah kepada UTAR kerana tersenarai dalam 'Times Higher Education (THE) World University Rankings 2020' apabila mengekalkan kedudukan dalam kumpulan 501-600. UTAR merupakan universiti kedua terbaik dalam Malaysia yang tersenarai selepas Universiti Malaya.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Universiti Malaya kerana mengekalkan kedudukan dalam kumpulan 301-350. Bagi top 20 universiti di ASEAN pula, Universiti Malaya berada di kedudukan ketiga selepas dua universiti Singapura iaitu National University dan Nanyang Technological University.

Syabas juga buat seluruh kakitangan UTAR yang bekerja keras selama ini. UTAR ketika di bawah pimpinan bekas Presidennya, Profesor Tan Sri Dr Chuah Hean Teik telah meletakkan asas yang baik bagi menjayakan tahap profesionalisme akademiknya. Dengan itu ia membolehkan UTAR mengatasi lain-lain universiti seperti UKM, UPM, UTM, UTP, Uniten, UUM, Unimas, UiTM dan Universiti Multimedia.

UTAR merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang tidak meraih keuntungan (non-profit) dan sentiasa berpegang kepada prinsipnya iaitu memberi manfaat kepada masyarakat. Yuran pengajian yang berpatutan membolehkan anak-anak daripada keluarga berpendapatan pertengahan berpeluang melanjutkan pengajian mereka. Ketika ini UTAR sedang membina hospitalnya sendiri yang berupaya memberi banyak manfaat kepada orang ramai. Saya yakin, di bawah kepimpinan baharu Profesor Dr Ewe Hong Tat, UTAR akan terus berjaya dan meraih pencapaian yang lebih besar di masa hadapan.

Dari FB Wee Ka Siong

Comments