Pakatan Harapan Checkmate isu projek RM450 JUTA RUNDINGAN TERUS!!!


Kelmarin pemimpin DAP Pahang, Lee Chin Chen mencabar saya untuk membuat laporan polis dan SPRM terhadap bekas PM Datuk Seri Najib Razak berhubung projek rundingan terus RM450 juta di Kelantan.

https://www.malaysiakini.com/news/492575

Dia ni pura-pura tak faham atau memang tak faham? Tak apalah, biar saya jelaskan sekali lagi.

Kenyataan saya pada 16 September lalu adalah berkaitan surat tular dan respon Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan beliau tidak menandatangani surat tersebut.

Saya kata, perenggan kedua dalam surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan itu secara jelas menyatakan bahawa ia dipersetujui oleh Menteri Kewangan.

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1365029380331229

Sebab itu saya tanya, Guan Eng sebagai Menteri Kewangan tak tahu ke mengenai projek ini? Sebab itu juga saya minta Guan Eng membuat laporan polis dan SPRM. Ia supaya tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Menteri Kewangan secara salah.

Surat-surat Kementerian Kewangan kepada mereka yang menang tender memanglah bukan Menteri Kewangan yang tandatangan. Duh ! Itu kerja Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) atau pegawai-pegawai lain yang diarahkan berbuat demikian setelah diputuskan oleh Menteri atau lembaga tender yang dipengerusikan oleh Menteri.

Cuba tanya petender-petender yang menang tender, tak kiralah di Kementerian mana, adakah terima surat dari menteri berkenaan? Pasti jawapannya tak ada! Semua surat ditandatangani oleh pegawai.

Perlu diingatkan juga sehingga hari ini, Guan Eng masih gagal memberi sebarang penjelasan tentang isu ini.

Kedua, rujuk bukti seperti lampiran yang saya sertakan ini.



Sebaik sahaja PH menawan Putrajaya, mereka telah mengumumkan pembatalan banyak projek-projek terdahulu terutama projek yang belum mula pembinaan.

Secara ringkasnya, projek dibatalkan, kemudian PM Tun Mahathir tulis surat minta Guan Eng meluluskan projek tersebut secara rundingan terus (rujuk lampiran).

Salah BN juga?

Ketiga, perlukah saya membuat laporan polis dan SPRM terhadap Najib? Atas dakwaan apa?

Surat dengan tulisan tangan Mahathir yang terbongkar jelas menunjukkan bahawa kaedah perolehan untuk projek ini di bawah BN adalah secara TENDER TERHAD.

Bukan RUNDINGAN TERUS seperti yang dipersetujui oleh Guan Eng dalam surat terbongkar kerana projek terdahulu sudah dibatalkan.


Perkara pokoknya di sini ialah, dulu PH bersungguh-sungguh mahukan proses tender terbuka. Tapi sekarang apa cerita?

Janji ke 23 " Memastikan sistem perolehan kerajaan menjana faedah maksimum untuk wang rakyat " dalam manifesto PH - Buku Harapan jelas menyatakan,

"Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar."

Sudah lupa?

Sekarang, PM Tun Mahathir pula kata kerajaan tidak menafikan keperluan untuk mengadakan rundingan terus bagi beberapa perolehan atau pembelian.

https://malaysiagazette.com/2019/09/19/rundingan-terus-masih-diperlukan-dr-mahathir/

Apa respon Lee Chin Chen, Lim Guan Eng dan DAP terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir?

DAP ketika menjadi pembangkang dulu kata semua projek besar mesti dibuat secara tender terbuka dan sekarang setujukah RUNDINGAN TERUS boleh dibuat di bawah PH? Cakap tak serupa bikin!

Nak tanya, apa sebab secara tiba-tiba Bangunan Persekutuan Kelantan yang dibatalkan selepas PRU14 dihidupkan semula secara tawaran rundingan terus?

Siapa yang mempunyai pengaruh politik yang kuat untuk menghidupkan semula projek yang telah dibatalkan?

Menurut golongan kontraktor yang mengetahui selok-belok projek ini, ada ura-ura kononnya projek ini mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen yang melompat dari UMNO ke PPBM, betul ke?

Nampaknya rakyat berhak mengetahui apa sebabnya.

Dari FB Wee Ka Siong

Comments