Akhirnya terjawab, projek kereta nasional ketiga menggunakan dana awam!
Dalam Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr Mohamed Farid Md Rafik mengesahkan bahawa Majlis Pembangunan Negara telah memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional baharu.
Jadi, Majlis Pembangunan Negara inikah yang dikatakan syarikat swasta?
Nampaknya Timbalan Menteri PH sendiri menyangkal jaminan Menteri Kewangan PH Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa projek ini tidak menggunakan dana awam.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/13/guan-eng-jamin-kereta-nasional-ke-3-guna-dana-swasta/
Selain itu Timbalan Menteri turut mengesahkan bahawa SilTerra adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.
Buat kali kedua, tetapi kali ini lebih hebat. Timbalan Menteri menyangkal kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Siltera adalah sebuah syarikat swasta!
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/29/kereta-nasional-ke-3-akan-dibiayai-syarikat-swasta-seperti-silterra-kata-dr-m/
Memandangkan ini Kamar Khas di Dewan Rakyat yang mulia, maka tidak mungkin Timbalan Menteri berani berbohong.
Justeru itu saya mengharapkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dapat menjelaskan perkara yang sebenar.
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1309056755928492
Comments
Post a Comment