Kecoh di media sosial bercerita tentang ucapan Menteri Pertahanan PH Mohamad Sabu dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-18, Dialog Shangri-La (SLD) di Hotel Shangri-La, Singapura.
Tidak cukup berjenaka di Malaysia, beliau kini 'beraksi' pula di pentas antarabangsa?
Jom kita huraikan sedikit lawak jenaka yang memalukan Malaysia akibat ucapan Mat Sabu :
- Keganasan itu tidak diwarisi, kenalpasti ibu bapa mereka untuk menangani aktiviti teroris?
- Adakah Mat Sabu fikir PM New Zealand, Jacinda Adern itu seorang lelaki? Hei, dia perempuanlah! Asas Bahasa Inggeris 'him' dengan 'her' tak boleh beza ke?
- Insiden penculikan adalah kerana mahu mendapatkan duit dan tebusan? Apa yang Mat Sabu cuba sampaikan? Malaysia gagal menjaga sempadannya? Sudah tentu ramai yang beranggapan sedemikian setelah mendengar ucapan Menteri Pertahanan ini.
- Kapal pengawal pantai (coast guard) China lebih besar daripada kapal perang Malaysia dan kita tidak mampu menentangnya? Adakah Mat Sabu ingin katakan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia kita tidak berdaya saing, lemah dan tidak boleh diharap?
Saya merayu sangat kepada Menteri Pertahanan supaya melakukan 3 perkara ini demi maruah negara :-
1. Kalau nak berucap di persidangan antarabangsa, YB Menteri buatlah kerja rumah serta persediaan yang rapi serta berulang kali melatih ucapan yang hendak disampaikan. Kalau terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk membuat persiapan, bacalah saja teks ucapan yang disediakan oleh Wisma Putra atau agensi yang berkaitan.
2. Jangan berucap atau mengulas secara spontan sehingga penonton tidak faham apa yang YB cakap terutamanya dengan tatabahasa yang bercelaru (contoh: fight with them in soft way & hard way) serta hujah yang tidak jelas (contoh: study deep inside the terrorists who is the father mother). Intervensi juga boleh dilakukan pada giliran terakhir setelah pegawai kanan menyediakan bahan lengkap untuk disampaikan oleh Menteri. Tak perlu berebut-rebut untuk melakukan intervensi.
3. Isi kandungan ucapan mestilah diteliti oleh pakar dalam bidang pertahanan agar hujah yang hendak disampaikan itu ada logiknya. Apa yang penting, tiada unsur lawak bodoh yang amat memalukan seperti “terrorisme diwarisi”, pertahanan Malaysia tak berupaya dan seumpamanya.
#MemalukanNegara
VIDEO KLIK DI SINI
Comments
Post a Comment