Ekonomi Malaysia : Nak percaya cakap siapa ni???


“Saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi kita berdepan dengan berita-berita negatif (tentang laporan ekonomi) setiap hari, kemungkinan langkah ini adalah agenda sesetengah pihak yang tidak mahu menjadikan Malaysia sebagai destinasi (pelaburan).

“Tetapi, dengan kecekapan Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin di peringkat negeri, para pelabur semakin yakin untuk datang dan membuat pelaburan di negara ini.”

Ini yang keluar daripada mulut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking ketika mengulas tentang laporan Bloomberg mengenai pelabur asing yang mula lari meninggalkan pelaburan di Malaysia.

Kenyataan Menteri PH :
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/laporan-bloomberg-pelabur-masih-yakin-dengan-malaysia-1.900605

Laporan Bloomberg :
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1268973579936810

Adakah laporan Bloomberg itu dikategorikan sebagai berita negatif dan merupakan agenda sesetengah pihak?

Bagaimana pula dengan laporan agensi penarafan, Moody's Investors Service (Moody's), Fitch Ratings, bahkan Bank Negara Malaysia (BNM) turut menurunkan Kadar Faedah: Institusi Perbankan dari 3.25% kepada 3.00% sekaligus membuktikan kelembapan ekonomi negara?

Adakah BNM mempunyai agenda yang tidak mahu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan?

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1263872353780266

Saya baca komen-komen di Facebook ini dan tertarik dengan beberapa pandangan dalam hantaran saya semalam ( https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1268973579936810 )

Kata Din Ganu, dulu laporan ekonomi teruk dikeluarkan oleh laman hiburan, bukannya laporan pakar ekonomi atau kewangan.

Rozaimy Abdul Rahim pula kata dulu BN hebat di zaman Tun M adalah kerana barisan menterinya. Berbeza dengan barisan menteri PH hari ini.

Manakala Nicholas Hang Nam Fong berpendapat pemimpin PH masih hidup dalam dunia mereka sendiri, langsung tidak peduli keadaan ekonomi yang tenat.

Wahai para Menteri PH , jangan cari helah lagi, mengaku saja kelemahan diri dan berdepan dengan situasi sebenar. Jangan pula dijangkiti “denial syndrome”, terima dan hadapi realiti lalu menanganinya.

Dari FB Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Comments