Semasa menjadi pembangkang, mereka sering mempertikaikan laporan pengamal media. Kini sudah bergelar kerajaan pun, mereka buat perkara sama! Adakah pemimpin PH masih celaru identiti walaupun sudah 10 bulan bergelar kerajaan?
Inilah yang berlaku dalam era 'Malaysia Baru'. Kasihan pengamal media yang kini dilihat seolah-olah 'tak pandai buat kerja' atau cuba menafikan kredibiliti pemimpin PH yang bebas dari dosa.
Dua hari lepas, stesen penyiaran kerajaan RTM diminta beri laporan berhubung dakwaan mensabotaj menteri PH kerana tidak menyiarkan ucapan seorang Menteri secara siaran langsung. Walaupun Menteri menafikan pernah mengarahkan Setiausaha Akhbarnya (SUA) berbuat demikian. Yang paling menakjubkan SUA mempunyai kuasa mutlak sampai mengeluarkan amaran kononnya pengarang RTM akan disingkir (head must roll).
https://www.malaysiakini.com/news/464489
Hari ini, nasib sama menimpa TV3 kerana dikatakan memutarbelit kenyataan seorang menteri PH.
Buat pengamal media seluruh negara, saya nak ingatkan kepada anda, berhati-hatilah ketika membuat liputan mengenai pemimpin PH yang terkenal dengan 'kaki U-turn' ini.
Ini kerana, selain diperlekehkan anda juga mungkin akan disaman!
Pada 11 Februari 2019, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua berkata bosnya berkemungkinan mengemukakan saman fitnah terhadap saya dan media yang berterusan mempersoalkan statusnya sebagai akauntan profesional.
BACA DI SINI
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pengamal media terus dibuli atau diugut pemimpin kerajaan PH, maka eloklah anda semua hanya membuat liputan mengenai pemimpin pembangkang sahaja. Haha! Kan elok begitu?
Comments
Post a Comment