Ramai yang tahu bahawa cukai yang kena dibayar tahun ini ialah dari pendapatan tahun lepas.
Maka kebanyakan cukai yang dibayar pada tahun 2018 ialah dari hasil tahun 2017.
Oleh itu, jumlah kutipan cukai yang naik untuk tahun 2018 ialah dari hasil ekonomi yang berkembang pesat di bawah kerajaan BN pada tahun 2017.
Tiada kena-mengena dengan apa-apa strategi PH dan bukan kerana ekonomi baik untuk tahun lepas seperti yang Guan Eng cuba tumpang puji. Nak tuntut kredit?
Rata-rata rakyat boleh lihat dengan mata sendiri bahawa ekonomi selepas PRU14 semakin merosot..
----------
Maka kebanyakan cukai yang dibayar pada tahun 2018 ialah dari hasil tahun 2017.
Oleh itu, jumlah kutipan cukai yang naik untuk tahun 2018 ialah dari hasil ekonomi yang berkembang pesat di bawah kerajaan BN pada tahun 2017.
Tiada kena-mengena dengan apa-apa strategi PH dan bukan kerana ekonomi baik untuk tahun lepas seperti yang Guan Eng cuba tumpang puji. Nak tuntut kredit?
Rata-rata rakyat boleh lihat dengan mata sendiri bahawa ekonomi selepas PRU14 semakin merosot..
----------
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memang tak malu dan tegas untuk ambil kredit.
Dia cuba nak membidas kenyataan saya bahawa kutipan hasil LHDN pada tahun 2018 sebenarnya berdasarkan prestasi perniagaan tahun sebelumnya iaitu ekonomi yang lebih baik pada tahun 2017 di bawah kerajaan BN.
Guan Eng, kita semua pernah membayar cukai syarikat. Kita tahu cukai yang kita bayar tahun ini adalah untuk tahun kewangan sebelumnya.
Kita juga tahu bahawa hasil dari cukai petroleum untuk tahun 2018 lepas adalah lebih tinggi berbanding tahun 2017 kerana harga minyak dunia. Adakah Guan Eng mahu ambil kredit di atas kenaikan harga minyak dunia?
Jangan kelentong!
Semua ini tidak ada kena-mengena dengan cerita "strategi PH yang lebih baik" seperti yang cuba dijaja oleh Menteri Kewangan.
Seperkara lagi, apabila kita membicarakan tentang kutipan hasil LHDN, Guan Eng tiba-tiba beralih kepada kutipan SST untuk tahun 2018 di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dikatakan mengutip hasil SST 34% melebihi sasaran yang ditetapkan.
Hairan juga Menteri Kewangan ini.
Kalau kutipan SST dan kutipan cukai terus seperti LHDN telah melebihi sasaran, kenapa pula mereka memperluaskan skop kutipan SST lagi?
Seperti yang dimaklumkan, cukai SST akan diperluaskan kepada perkhidmatan pengendalian taman hiburan, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan, pembersihan termasuk kedai dobi dan penyediaan latihan bermula 1 Mac 2019 ini.
Menurut Jabatan Kastam, ia melibatkan 5,000-10,000 buah syarikat.
Guan Eng, setujukah anda dengan kenyataan kerajaan PH bahawa perluasan skop untuk SST ini tidak akan membebankan golongan B40? Mana mungkin?
Pekerja kilang nak basuh baju di kedai dobi pun dikenakan SST, anak muda yang mahu mempertingkatkan diri dengan menyertai kursus latihan, golongan B40 nak “lepas tension” bawa anak-anak ke taman hiburan pun kena SST. Aduh!
Saya hairan juga Guan Eng ini berkali-kali memberi jaminan di Dewan Rakyat bahawa SST tidak akan membebankan rakyat. Apa yang nyata sekali, segala pengumuman popular, kredit pasti diambil oleh Guan Eng kononnya beliau berjiwa rakyat.
Tetapi apabila ada sahaja pengumuman tentang perluasan skop kutipan SST, dia lari pula. Akhirnya Ketua Pengarah Jabatan Kastam terpaksa membuat pengumuman yang dianggap tidak popular.
Kasihan KP KASTAM!
Comments
Post a Comment