Projek kereta nasional ketiga BUKTI Mahathirisme dalam Pakatan Harapan

Selepas DAP menerima tamparan hebat daripada ahli sendiri berhubung isu peruntukan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR), kali ini sekali lagi mereka dikritik berhubung projek kereta nasional ketiga.

Pandangan Prof. Tajuddin mengenai KUTAR

Veteran DAP, Dr Boo Cheng Hau memuat naik status di dalam media sosial dan mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai kegagalan Proton ketika pentadbiran Perdana Menteri ke 4, Mahathir Mohamad.

Kata Boo, kegagalan Proton adalah kerana budaya kronisme dan korporat yang rakus mengaut keuntungan sekaligus membuka ruang kepada amalan rasuah yang kronik dalam sektor swasta dan awam.

"Malaysia memerlukan dasar ekonomi tanpa campurtangan keterlaluan daripada kerajaan, membuka perniagaan untuk persaingan dan menggubal undang-undang anti-monopoli, dan mewujudkan sistem kewangan yang lebih telus."

Pasti Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng tidak berupaya untuk menafikan kebenaran daripada apa yang diperkatakan oleh Boo ini.

Seperti pandangan ramai pihak termasuk rakyat, Boo juga menyifatkan tiada reformasi di dalam pentadbiran kerajaan PH ini. 

Sedia maklum, projek ini tidak terkandung di dalam Manifesto PH ketika kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) Mei lepas.

Malah tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang terbukti memperdaya rakyat berhubung peruntukan untuk projek tersebut terus dipersoalkan.

Rakyat kemudiannya dikejutkan dengan pengumuman Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof bahawa RM20 juta diperuntukan untuk projek berkenaan.


Adakah suara rakyat akan didengari Perdana Menteri ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad bersama kerajaan PH yang bersungguh-sungguh menjayakan projek kereta nasional ketiga ini? 

Apa kata PKR dan DAP yang memiliki kerusi terbanyak di dalam Dewan Rakyat?

Comments