MCA Selangor terkejut apabila kerajaan negeri berhasrat untuk membangunkan kawasan Bukit Lagong sedangkan ia sudah disahkan sebagai kawasan hutan yang patut dipelihara.
Bahkan Presiden Persatuan Pencinta Alam Sekitar Prof Dr Ahmad Ismail pernah menekankan perkara sama khususnya berkaitan kawasan di sekitar Hutan Simpan Kanching dan Templer.
Dalam masa sama, hasrat kerajaan ini bakal menjejaskan usaha Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjadikan Taman Hutan Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Selangor Dato' Ng Chok Sin, kerajaan PH dilihat telah melanggar janji manifesto mereka sebagaimana yang terkandung di dalam Buku Harapan.
Janji 39 : Mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar. (Mukasurat 85). Apabila kerajaan PH berhasrat untuk 'menarah' Bukit Lagong, ini bermakna mereka telah mengkhianati pengundi yang memberi mandat. Pengundi merasakan mereka 'ditipu hidup-hidup' apabila pemerintah tidak menunaikan janji yang ditaburkan.
Sebelum ini media melaporkan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor kini sedang melaksanakan penyiasatan awam untuk mendapatkan maklum balas serta bantahan terhadap cadangan penyahwartaan tanah seluas 28.3 hektar dari Hutan Simpan Bukit Lagong.
6 Disember 2018

Comments
Post a Comment