Kedaulatan negara - Abang Mat perlu ubah sikap 'pelawak' kepada serius


Konflik antara Malaysia - Singapura berhubung isu pertikaian sempadan ruang udara dan maritim adalah sesuatu yang meresahkan rakyat.

Selepas membaca petikan dan kenyataan media oleh Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan dan Menteri Luar, rakyat seharusnya yakin hubungan diplomasi kedua-dua negara kekal harmoni.

Namun, isu ini harus dipandang serius oleh semua pihak, tambahan pula ia melibatkan soal kedaulatan negara khususnya di Johor.

Melihat perkembangan isu ini di dalam media sosial, sudah ada netizen yang mula memandang muka Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Tidak kurang juga yang menuntut Mohamad supaya bersikap serius berhubung isu pertikaian dengan negara jiran itu.

Buktikan kepada rakyat bahawa Abang Mat (gelaran sinonim Mohamad Sabu) bukan setakat mampu memasak dan mendedahkan kelemahan pasukan tentera semata-mata tetapi juga berkebolehan dalam urusan diplomasi dan seumpamanya.

Comments