Kalau betul ekonomi Malaysia baik, kerajaan PH sepatutnya tidak menipu untuk takutkan pelabur


Seperti kisah pengajaran anak-anak - Menceritakan seorang budak pengembala kambing (The Boy Who Cried Wolf) yang menipu orang kampung. Kononnya ada serigala yang sedang memburu kambingnya. Tapi sebenarnya tidak. Bila sudah berkali-kali menipu orang kampung, akhirnya tiada siapa lagi yang mempercayainya. Sampailah pada suatu hari, budak itu menjerit meminta pertolongan. Namun tiada siapa yang menghiraukannya. Siapa lagi yang hendak percaya kepada kaki penipu?


Menyentuh tentang isu hutang negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mendedahkan angka RM1.08 trilion. Sebaliknya laporan Bank Negara pada 22 Mei 2018 mengatakan hutang negara ialah berjumlah RM705.104 bilion.

Situasi bertambah celaru apabila Menteri Kewangan yang baharu Lim Guan Eng mendakwa kerajaan persekutuan menanggung beban hutang sehingga 80.3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 31 Disember 2017 yang merangkumi hutang negara, jaminan kerajaan, dan pembayaran pajak untuk projek perkongsian awam-swasta (PPP). Walhal mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kewajipan dan komitmen kerajaan tidak berubah sebelum 9 Mei 2018 dan selepas pilihanraya. Hutang rasmi kekal RM686.8 bilion atau 50.8% daripada KDNK. Ia masih terkawal mengikut penilaian antarabangsa iaitu 55%.

Bagaimana negara mendapat manfaat daripada kenyataan-kenyataan seperti ini? Kenyataan yang menggambarkan Malaysia sebagai negara bankrap? Bahkan pelabur asing turut menarik diri dalam pelaburan berjumlah USD800 juta di Bursa Malaysia. Sementara pendapatan GST RM11bilion (3 bulan tiada cukai) pula akan diganti dengan SST yang jauh lebih rendah jumlahnya. Bagaimana hendak membantu mengurangkan kesan harga minyak yang tidak menentu hari ini?

Namun, ia seperti kisah budak pengembala kambing tadi. Adakah pelabur asing akan mempercayai lagi Malaysia apabila Lim Guan Eng mengatakan ekonomi negara dalam keadaan baik?

Ini adalah terjemahan daripada artikel yang dikarang Timbalan Setiausaha Agong MCA Senator Dato' Chai Kim Sen dalam kolumnya The Guardian pada 4 Disember 2018.

Comments