GUAN ENG, JANGAN GUNAKAN DUIT RAKYAT UNTUK AGENDA POLITIK!


Sebanyak RM6 juta diperuntukan kepada tiga institusi pendidikan iaitu Kolej Universiti Era Baharu, Kolej Universiti Selatan dan Kolej Universiti Han Chiang. Pengumuman oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng ini disambut baik. Lebih-lebih lagi selepas ia didesak oleh MCA dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti itu yang ke 65, kelmarin.


Tetapi....

Peruntukan ini sebenarnya dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan atau Kementerian Kewangan?

Adakah ia peruntukan tambahan?

Adakah ia peruntukan khas oleh Perdana Menteri atau atas kapasiti Guan Eng secara peribadi?

Sedia maklum, sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk memperuntukan RM30 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC). Namun, mereka perlu memutuskan hubungan dengan MCA!

Kenapa Guan Eng tidak mahu mengumumkan jumlah keseluruhan peruntukan RM90 juta? Atau RM30 juta kepada setiap tiga institusi pendidikan yang disebut diatas? Adakah kerana beliau tidak 'sebulu' atau bermusuh dengan ahli lembaga dalam institusi pendidikan tersebut?

Sudahlah!

Rakyat semakin muak dengan permainan politik seperti ini. Guan Eng dilihat tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat khususnya masyarakat Cina.

Cukup-cukuplah jadikan duit pembayar cukai sebagai alat untuk meraih kepentingan politik peribadi!

4 Disember 2018

Comments