Melihat kepada perkembangan sidang Dewan Rakyat, nampaknya isu Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) berlalu begitu saja tanpa mendapat perhatian serius pihak kerajaan Pakatan Harapan.
Ini bermaksud, TAR UC hanya akan dibekalkan dana pembangunan berjumlah RM5.5 juta saja untuk tahun hadapan. Sedangkan antara tahun 2012 hingga 2018 (sebelum PH memerintah), TAR UC menerima RM30 juta - RM69.25 juta daripada kerajaan Barisan Nasional. Ia adalah dana setimpal untuk kos pengoperasian dan pembangunan sebuah institusi pendidikan yang telah melahirkan lebih 200,000 graduan berjaya.
Untuk makluman, setakat ini terdapat kira-kira 28,000 pelajar sedang menuntut di TAR UC seluruh negara.
Amat menyedihkan apabila isu pendidikan ini hanya mendapat perhatian serius Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong sahaja.
Sebaliknya tiada seorang pun Ahli Parlimen dalam parti DAP yang membangkitkan isu melibatkan TAR UC di Dewan Rakyat. DAP kononnya pejuang dan pembela masyarakat Cina? Terbukti isu rakyat tidak diminati DAP. Bekas-bekas pelajar TAR UC yang kini menjadi pemimpin DAP turut membisu.
Malah, Ahli Parlimen Rasah (DAP) Cha Kee Chin tergamak menggelarkan TAR UC dan Wee sebagai pengemis! Kalau tak percaya, boleh dengarkan hansard parlimen bertarikh 6 Disember 2018.
Walhal umum mengetahui bahawa Instrumen Kerajaan pada 22 Ogos 1972 jelas menyebut bahawa kerajaan sepatutnya membantu para pelajar Cina. Ia bukan dibuat di kedai kopi sebaliknya diluluskan di Parlimen. Sejarah ini tidak mungkin boleh dipadam tambahan pula ia memberi manfaat kepada para pelajar sejak 46 tahun lalu.
Pemimpin DAP sebenarnya bukan sahaja membuli TAR UC tetapi juga keluarga pelajar masyarakat Cina yang berpendapatan sederhana. Perbuatan ini begitu mengecewakan!
Comments
Post a Comment