TPM kata Ekonomi Baik, Harga Barang Tak Naik. Betul Ke?



#TPMkataEkonomiBaikHargaBarangTakNaikBetulKe?

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah kata ekonomi kita baik dan harga barang tak naik mendadak.

https://malaysiagazette.com/2019/12/28/ekonomi-malaysia-berkembang-tanpa-kenaikan-mendadak-harga-barang-perkhidmatan/

Betul ke? Rakyat percaya ke?

Lihat laporan Harian Metro, ada rakyat yang sampai nak menangis tengok harga bawang yang naik mendadak sehingga 3 kali ganda dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini!

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/529239/nak-menangis-tengok-harga-bawang-metrotv

Itu baru harga bawang, belum harga barangan keperluan lain lagi. Tak cukup dengan itu, menjelang tahun 2020 yang hanya tinggal kurang 48 jam lagi, pelbagai cukai baharu mula dikenakan. Dari dapur, sampai ke ruang tamu kena cukai - Cukai Digital.

Lagi satu mengenai pertumbuhan ekonomi. Apa yang hendak dibanggakan PH dengan 4.6 peratus pertumbuhan sedangkan semasa zaman BN dulu, kita mampu mencipta angka yang lebih tinggi. Pasti melepasi 5 peratus.

Tak percaya, boleh baca Laporan Bank Negara Malaysia ini.

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_publication&pg=bm_ar&ac=41&bm

Apa guna pemimpin kerajaan PH mencanang berita indah tetapi rakyat di bawah sedang bergelut dengan kesengsaraan?

#SemakDanImbang
#DahulukanRakyat

Sumber

Comments