Respon kepada mereka yang cuba meruntuhkan KU TAR



【Respon kepada mereka yang cuba meruntuhkan KU TAR】

1. Sesetengah pihak mendakwa peruntukan kerajaan disalurkan terus kepada MCA, malah Nga Kor Ming juga pernah mengatakan kononnya RM1 bilion pun tak akan cukup sekiranya peruntukan tidak disalurkan melalui MCA. Hakikatnya, sejak pentadbiran Barisan Nasional selama ini pun, kerajaan menyalurkan peruntukan terus kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KU TAR). Sejak bila pula ia melalui MCA?

2. Pihak yang memiliki KU TAR secara sah ialah Yayasan Pendidikan Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC Education Foundation), manakala benefisiari terbesar atau pihak yang akan mewarisinya ialah orang awam dan juga kerajaan. Menurut klausa 12 dalam “memorandum of association” dinyatakan dengan jelas bahawa seandainya yayasan menghentikan operasinya, maka semua aset mestilah diserahkan kepada lain-lain organisasi amal yang mempunyai persamaan dari segi objektif penubuhannya, tidak diagihkan atau diserahkan kepada anggota yayasan, perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jadi, bagaimana pula MCA boleh dapat manfaat? Usahlah membuat tafsiran mengikut citarasa sendiri.

3. Beberapa bulan lepas, kerajaan Pakatan Harapan menegaskan bahawa 50% dalam Lembaga Pemegang Amanah hendaklah terdiri daripada mereka yang bebas. Tetapi bagaimana pula dengan Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan oleh Perdana Menteri? Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya juga merupakan ahli yayasan? Apa maksudnya? Satu negara dua sistem? Tidakkah ini satu tindakan membuli pihak yang lemah dan tunduk kepada mereka yang lebih berkuasa? Saya telah membangkitkan perkara ini sejak 1 Disember lalu tetapi sehingga kini tidak ada satu pun menteri yang berani menjawab. Semuanya membisu; adakah mereka sudah mula rasa bersalah?

4. Pada 13 Mei tahun ini, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan satu mesyuarat koordinasi. Atas permintaan Kerajaan, empat ahli Lembaga Pemegang Amanah yang ada meletak jawatan daripada menjadi ahli dalam Yayasan Pendidikan KTAR. Walau bagaimanapun, 11 hari selepas mesyuarat tersebut, lain pula ceritanya apabila mengatakan langkah sedemikian sebagai "ketinggalan" (“afterthought”).

5. Pada 10 Oktober lalu, untuk 'menjernihkan' keadaan dan 'beri muka' kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kami telah meminta empat ahli Lembaga Pemegang Amanah sedia ada meletak jawatan dan digantikan dengan empat ahli lain dari golongan profesional iaitu bekas presiden UTAR, Profesor Tan Sri Chuah Hean Teik; bekas alumni KU TAR yang juga seorang akauntan dan mantan Presiden Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM), Datuk Khoo Chin Guan; bekas alumni KU TAR yang juga seorang peguam, Datuk Roger Tan serta seorang usahawan wanita, Datin Paduka Tan Siok Choo. Walau bagaimanapun, ia masih belum diluluskan walaupun sudah lebih daripada dua bulan permohonan dibuat. Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata kementerian masih memerlukan masa untuk mempertimbangkan permohonan tersebut. Adakah itu bermakna akan ada satu lagi perubahan atau akan berlaku sebarang langkah yang drastik?



6. Semalam, media melaporkan, permohonan Persatuan Alumni Tunku Abdul Rahman (TAA) telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), walaupun permohonan dibuat pada dua minggu lalu. Ia nampak seperti sesuatu perkara akan menjadi 'lebih mudah' apabila kita mempunyai 'hubungan baik' dengan orang yang berkuasa di bawah Kerajaan PH. Ironinya, apabila pihak kami cuba menggantikan empat ahli Lembaga Pemegang Amanah, permohonan itu telah ditangguhkan selama dua bulan sementara permohonan yayasan baru telah diluluskan, apakah ini adil?

7. Bolehkah Yayasan Pendidikan TAA menggantikan Yayasan Pendidikan KTAR? Sekiranya asas pendidikan persatuan alumni yang baru ini ingin memberi biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada para pelajar KU TAR, kami sedia mengalu-alukan langkah itu, semakin meriah seperti yang ada sekarang, KU TAR sudah mempunyai dana pinjaman biasiswa dan pembelajaran yang banyak. Bagaimanapun, Presidennya, Yap Kuok Fong mendakwa bahawa yayasan pendidikan akan bertanggungjawab dalam mengedarkan pemberian geran Kerajaan dan ia akan menjadi jambatan antara Kerajaan dan KU TAR. Di manakah asas perundangan itu? Bukankah ini benar-benar membelakangkan pemilik sah KU TAR?

https://www.themalaysianinsight.com/s/205721

Helah dan niat jahat Menteri Kewangan sangat jelas. Semua ini tidak akan merancakkan pembangunan ekonomi. Jadi, Guan Eng tolong berhenti campur tangan dalam urusan KU TAR.

#GuanEngTakBeraniBerdebat

Sumber

Comments