#PRKKimanis : Presiden MCA di Himpunan Penyatuan Muafakat Rakyat Sabah


Berucap di Himpunan Penyatuan Muafakat Rakyat Sabah di Kimanis bersama Pengerusi BN DS Ahmad Zahid Hamidi, Hugoun Shou KDM TS Joseph Pairin, mantan Ahli Parlimen Kimanis DS Anifah Aman & YB Arthur Kurup, Timbalan Presiden PBRS.



Dalam ucapan, saya menyentuh tentang isu PSS yang tidak pernah diluluskan oleh kabinet dari 2014-2018 semasa pemerintahan BN. Menceritakan bagaimana orang Sabah dikencingkan oleh PH dalam isu royalti minyak semasa perbahasan di Dewan Rakyat. DS Azmin Ali tukar definasi royalti minyak 20% kepada keuntungan kasar 20% selepas PH menawan Putrajaya.





PRK Kimanis ini tidak akan mengubah kedudukan Kerajaan Pusat & Negeri yang akan terus diterajui oleh PH dan Parti Warisan. Maka, diharapkan PRK ini akan menambah kekuatan pembangkang yang akan memberi “semak dan imbang” kepada parti pemerintah agar mereka terus mendengar suara rakyat.

Pada malam ini, ribuan pengundi Kimanis hadir dan mereka lantang menolak PSS yang dibawa oleh Kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan.

Semoga calon BN bagi PRK Kimanis, Dato’ Mohamad Alamin memperolehi kemenangan besar dalam PRK kali ini.


#RaduTatapRadu
#TolakPSS

Sumber

Comments