#PRKKimanis : Menteri Pelancongan PH ok beri gula-gula pilihan raya?


PRK di Kimanis menyaksikan pemimpin PH berterusan melanggar undang-undang pilihan raya, sama seperti PRK-PRK lain yang berlangsung selepas PRU14.

Adakah mereka berani langgar sebab SPR tidak ambil tindakan sebelum ini?

Terbaru, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi semalam mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk menaik taraf kemudahan sebuah sekolah di kawasan parlimen Kimanis.

https://www.malaysiakini.com/news/506805

Pelik! Menteri Pelancongan tapi umum peruntukan kepada sekolah? Sejak bila sekolah dijadikan pusat pelancongan? Kalau sekolah menjadi destinasi pelancong baru, Malaysia mempunyai tambahan destinasi pelancongan kerana kita mempunyai 10,000 buah sekolah. Tahniah Menteri yang kreatif! Atau Mohamaddin sudah bosan jadi Menteri Pelancongan dan mahu tukar portfolio jadi Menteri Pendidikan yang masih kosong ketika ini?

Ironinya, semasa PRK Semenyih, beliau juga ada mengumumkan peruntukan RM80,000 untuk memulihkan dewan di Semenyih semasa pilihan raya kecil pada Februari tahun lalu.

Beliau menarik balik peruntukan tersebut selepas mendapati langkah itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (di bawah) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun kali ini di Kimanis, nada menteri dari parti Warisan ini angkuh semacam. Mungkin sebab calon PRK Kimanis juga dari parti Warisan?

Apa cerita 'Janji 17: Menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya' seperti yang termaktub dalam manifesto Buku Harapan?

Selain itu, mereka yang menandakan tanda suka pada laman Facebook Tourism Malaysia Sabah berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti tiket penerbangan dan barangan elektrik.
Keputusannya akan diumumkan pada jam 2 petang setiap hari. Wow setiap hari!

'Like' FB Tourism Malaysia Sabah dan berpeluang dapat hadiah? Ini mahu menjayakan Siri Jelajah Cuti-Cuti Malaysia atau mahu menambah bilangan 'like' FB dan ada kena mengena dengan PRK Kimanis? Gula-gula PRK Kimanis?

Apa kata SPR? Berani ke ambil tindakan terhadap menteri dari parti Warisan ini?

#DiaBeriKitaAmbilTapiUndiBeriPadaBN
#RaduTatapRadu

Sumber

Comments