Menyingkap kata-kata manis Lim Guan Eng



Menteri Kewangan Lim Guan Eng sememangnya terkenal sebagai individu yang suka menabur janji manis kepada rakyat. Mari kita lihat janji-janji manis Lim Guan Eng dalam isu subsidi minyak.

1. Semasa membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018, Lim Guan Eng telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 bilion untuk subsidi minyak bersasar. Namun, ianya langsung tidak dilaksanakan pada tahun 2019! Sedangkan kita semua maklum bahawa sebanyak RM25 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat bagi menjalankan kajian untuk pelaksanaannya. Namun akhirnya, kerajaan gagal membuat keputusan dan hanya berkata ia akan dilaksanakan pada tahun 2020. Dalam masa sama, MCA pula yang dipersalahkan atas kegagalan PH ini!


Baca teks ucapan beliau perenggan ke 69 :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/493776/ucapan-pembentangan-belanjawan-2019

2. Semasa membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 pula, Lim Guan Eng telah menggunakan taktik sama apabila mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion untuk subsidi minyak bersasar. Cuma kali ini sudah ada nama iaitu Program Subsidi Petrol (PSP). Biarpun gagal melaksanakannya pada tahun 2019, namun Lim Guan Eng yang muka tebal ini tanpa rasa malu membentangkan perkara sama buat kali kedua di dalam dewan mulia, Dewan Rakyat. Guan Eng tak sebut pun status peruntukan RM2 bilion dalam Belanjawan 2019 yang tak digunapakai itu. Ke mana perginya?

Beberapa minggu lepas, kedengaran kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenai mekanisme pelaksanaan PSP dan kementerian yang sama juga mengumumkan penangguhan PSP. Tapi salah MCA juga?

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/505967/belanjawan-2020-program-subsidi-petrol-beri-manfaat-8-juta-pemandu

Wah! Dua kali bentang di Parlimen, dua kali gagal dilaksanakan? Lepas itu tuding jari kepada MCA pula? Salahkan rakyat kerana menuntut janji manis yang keluar dari mulut Lim Guan Eng dan kerajaan PH? Kalau ada dalam kalangan parti pembangkang yang menegur keputusan penangguhan PSP oleh Kerajaan PH, itu berdasarkan fakta, bukan berita tidak benar! Ianya tak salah pun kerana janji PH tidak ditepati.

Baca perenggan terakhir, Lim Guan Eng muka tebal tak boleh terima kegagalan diri sendiri :

https://m.malaysiakini.com/news/505568

Wahai Lim Guan Eng, terimalah hakikat kegagalan kamu. Akui sajalah kelemahan diri sendiri. Kalau tak boleh buat, kenapa umumkan dalam Belanjawan Negara? Ini sudah dua Belanjawan dibentangkan perkara sama tapi gagal dilaksanakan! Apakah pengumuman sedemikian sekadar mahu menyedapkan hati rakyat dan kamu boleh mendabik dada bangga? Apa yang hendak dibanggakan kalau ia gagal dilaksanakan? Sudah 18 bulan, apa lagi hendak kaji?

Sudah terbukti gagal, lebih baik Lim Guan Eng letak jawatan saja!

#LimGuanEngGagal

Sumber

Comments