Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan. Adakah Tol Simpang Renggam akan dimansuhkan?


Hari ini sesi persekolahan baru saja bermula. Dalam masa sama, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan, berkuatkuasa esok 3 Januari 2020.

Adakah peletakan jawatan Maszlee ini maka kasut hitam akan kembali kepada kasut putih? Sistem pendidikan Malaysia akan bertambah baik? Macam mana status PPDUEC? Isu Tulisan Jawi bagi subjek BM di SJKC dapat diselesaikan dengan cara musyawarah?

Adakah peruntukan geran padanan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) akan kembali kepada sistem penyaluran peruntukan seperti zaman BN dan tidak lagi meminggirkan (bypass) Kementerian Pendidikan (KPM) dengan disalurkan kepada sebuah NGO (persatuan alumni) yang bukan merupakan pemilik TAR UC oleh Menteri Kewangan tanpa punca kuasa serta tidak disenaraikan dalam Belanjawan 2019 dan 2020 KPM? Mana nak letak air muka Menteri Pendidikan?

Ya tak ya, adakah Tol Simpang Renggam juga akan dimansuhkan?

Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh PM Tun Dr Mahathir.

Dua minggu lepas, ketika diwawancara oleh Astro Awani, Maszlee dilihat begitu berbangga dengan prestasi KPM sepanjang tahun 2019.

https://youtu.be/IgeXzPOt_9M

Tapi hari ini, beliau umum peletakan jawatan dengan mengatakan "atas nasihat PM Tun Mahathir".

Jadi, apa yang diperkatakan tentang prestasi KPM yang kononnya baik di bawah Maszlee sebenarnya tidak benarlah? Berita palsu untuk menyedapkan hati rakyat?

Jika menilai prestasi menteri PH, pasti ramai lagi yang akan dipecat atau diminta letak jawatan "atas nasihat PM".

Jadi, bilakah PM nak "menasihati" Menteri-Menteri PH yang tidak berprestasi baik atau “under performed”?

Ini melihat kepada prestasi ekonomi negara kita yang semakin merudum, pasaran saham jatuh ke paras yang membimbangkan, FDI merosot dan sektor SME menguncup. Buat apa nak buat 'rombakan kecil kabinet' kalau boleh buat rombakan besar-besaran?

Sumber

Comments