Lantikan Politik Diutamakan Rakyat Jelata Dikencingkan



#LantikanPolitikDiutamakanRakyatJelataDikencingkan

Exco Kerajaan Johor, Tan Chen Choon (DAP) mengumumkan kenaikan elaun Ahli Majlis PBT sekitar 60%-100%. Wow! meleleh air liur rakyat jelata mendengarnya!

Antara sebab kenaikan ini adalah kerana tanggungjawab ahli PBT yang dikatakan semakin mencabar dan mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup.

https://m.malaysiakini.com/news/504463

Apakah kehidupan rakyat jelata tidak mencabar dan tidak berdepan dengan kenaikan kos sara hidup? Sudahlah mulai tahun hadapan, bermacam-macam jenis cukai baharu diperkenalkan!

Menteri KPKT Zuraida Kamaruddin baru saja mengumumkan semakan kadar cukai taksiran PBT mulai 1 Januari 2020. Malahan, Zuraida mengakui ada kenaikan sedikit dari kadar sediada. Tumpang tanya, untuk 15 PBT di Johor, adakah kenaikan kadar cukai taksiran ini juga bertujuan antara lain menampung kenaikan elaun Ahli Majlis PBT?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/640497/semakan-semula-kadar-cukai-taksiran-pbt-tahun-depan

Agak-agaknya, bilalah giliran pekerja biasa dan penjawat awam pula dapat merasa kenaikan gaji 60%-100%?

Baru-baru ni PM Tun Mahathir kata kalau permintaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk menaikkan gaji penjawat awam sampai RM1800, maka semua kedai tomyam akan ditutup.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/20/habis-kedai-tomyam-semua-tutup-dr-m-berseloroh-gaji-penjawat-awam-rm1800/

Sebelum itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar pernah mengatakan bahawa kerajaan tak boleh menaikkan gaji secara mendadak.

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/kenaikan-gaji-minimum-terlalu-mendadak-akan-beri-kesan-dalam-sektor-iks-189887%3famp=1

Di Johor ada 15 PBT, setiap PBT ada 24 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis dilantik dari kalangan 4 parti komponen PH iaitu DAP, PPBM, PKR & PAN.

Rakyat jelata dikencingkan dan lantikan politik PH serta kronisme diutamakan!

Dulu semasa menjadi pembangkang, BN nak naikkan sedikit elaun RM100 pun pemimpin PH melompat marah dan memaki hamun.

Sekarang apa cerita? PH lagi teruk!

Sumber

Comments