Kilang tutup, pelabur lari keluar Malaysia, ratusan rakyat hilang kerja!


Sehari dua ini kita baru saja memuji PH kerana sejak Mei 2018, kedengaran berita POSITIF.

Namun hari ini, berita negatif kembali menyelebungi kehidupan rakyat. Ini merupakan kesinambungan kepada berita mengenai ribuan pekerja media yang hilang pekerjaan sejak Mei 2018.

Hari ini, seramai 165 hilang pekerjaan selepas tempat mereka bekerja sudah memindahkan operasinya ke negara jiran.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/15/pindah-operasi-punca-165-pekerja-kilang-danone-dumex-diberhenti/

Inilah realiti yang berlaku hari ini.

Para usahawan atau ahli perniagaan dilihat berpusu-pusu meninggalkan Malaysia. Bukti jelas negara kita ini tidak mendapat keyakinan para pelabur.

Benarlah apa yang pernah disiarkan oleh Bloomberg pada November tahun lepas yang mengatakan bahawa pelabur tidak yakin lagi dengan Malaysia di bawah pemerintahan PH.

https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-11-17/malaysian-stocks-get-cheaper-by-the-day-but-few-want-to-buy-them

Ia sekaligus memberi kesan kepada rakyat apabila mereka kehilangan peluang pekerjaan.

Pemimpin PH yang sedang seronok di atas sana mungkin tidak memahami penderitaan rakyat di bawah.

Mereka mungkin hanya akan menuding jari kepada orang lain.

Apakah ini membuktikan para usahawan atau ahli perniagaan tidak pandai berniaga?

Kalau tak pandai berniaga, kenapa mereka masih menjalankan perniagaan di negara-negara jiran seperti Thailand.

Sumber

Comments