Ini Sebenarnya Berlaku Dalam Isu Rakan Siswa YADIM



#IniSebenarnyaBerlakuDalamIsuRakanSiswaYADIM

1. Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily kelmarin 23 Disember 2019 jam 9.15 malam dan semalam 24 Disember 2019, jam 7.10 malam.

https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2166818.html

https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2167190.html

2. Selepas Sin Chew menyiarkan beritanya pada 23 Disember 2019, saya terus tanya kepada beberapa orang pemimpin BN samada kelulusan seumpama ini pernah diberikan kepada YADIM untuk mengadakan aktiviti sedemikian. Semua pemimpin BN jawab, ianya tak pernah dibuat pada zaman BN. Lalu saya mengulas laporan berita tersebut pada hari sama, pukul 11 malam. Ketika itu, kata kunci yang digunakan oleh Dr Maszlee ialah arahan kepada “SELURUH” sekolah.

https://www.facebook.com/33027687269/posts/10157760419747270?sfns=mo

3. Semalam, Sin Chew melaporkan kenyataan media KPM pada jam 7.10 malam dan saya mengulas pada jam 9.51 malam.

https://www.facebook.com/33027687269/posts/10157762982977270?sfns=mo

4. Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media secara bertulis berhubung aktiviti 'Rakan Siswa' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sekolah dan institusi pengajian tinggi buat julung kalinya.

KPM menegaskan bahawa aktiviti ini tidak melibatkan murid bukan Islam serta sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah mubaligh.

https://m.malaysiakini.com/news/504791

Malaysiakini petik nama saya tetapi tidak Sin Chew Daily. Membayangkan saya seolah-olah cuba mencetuskan isu perkauman. Hakikatnya bukan begitu. Saya hanya meminta penjelasan KPM mengenai surat yang tular, yang menyebut aktiviti itu akan dilaksanakan di SEMUA SEKOLAH.

5. KPM kata penularan surat berkenaan boleh mengundang salah faham. Tapi siapa sebenarnya yang mengundang salah faham? Kenapa KPM di bawah PH tidak mengatakan secara terperinci dalam surat berkenaan? Kenapa sebut SEMUA SEKOLAH? Tidakkah KPM seolah-olah mahu mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat?

6. Siapa yang mengepalai YADIM? Semua maklum selepas PH menang PRU14, pemimpin PAN iaitu Nik Omar Abdul Aziz telah dilantik sebagai Yang Dipertua YADIM. Bukan sekadar Nik Omar, tetapi ramai lagi pemimpin PAN menjadi ahli Lembaga Pengarah YADIM. Ini semua adalah lantikan politik yang pernah dipersoalkan oleh masyarakat umum pada awal tahun ini.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/politik/2019/01/525818/pelantikan-ahli-lembaga-amanah-yadim-dapat-bantahan/amp

Salahkah rakyat untuk berasa bimbang dengan wujudnya agenda politik diserapkan ke sekolah-sekolah dengan mempergunakan nama agama?

7. Apakah jaminan kerajaan PH bahawa tiada unsur politik yang condong kepada satu-satu parti di bawa ke sekolah memandangkan umur pengundi sudah pun diturunkan kepada 18 tahun? Bukankah Dr Maszlee dah janji tiada unsur politik dalam sekolah? Sampai hari ini, semua Wakil Rakyat pembangkang masih dilarang masuk ke sekolah.

8. Kenapa diberikan kepada YADIM yang diketuai pemimpin PAN? Kenapa pelajar sekolah didedahkan dengan risiko yang dipengaruhi oleh parti politik?

9. Saya sedikit pun tidak mempersoalkan aktiviti dakwah Islam kerana saya sedar Malaysia mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang patut kita semua hormati. Tetapi apakah justifikasi Menteri membenarkan dakwah di SJKC/T? Rujuk kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan kepada Sin Chew Daily pada 23 Disember 2019 yang mengatakan aktiviti YADIM bersifat OPTIONAL di SJKC dan SJKT. Tak sampai 24 jam, KPM menafikan kenyataan tersebut. Aduhai, apa ini? Tugas saya sebagai pembangkang adalah untuk menyemak imbang kerajaan PH hari ini.

10. Mana-mana pihak yang cuba menuduh kononnya saya bermain dengan isu perkauman serta menyamakan MCA dengan DAP, jelaslah bahawa mereka mempunyai muslihat politik dan apa yang telah dilaporkan oleh media akhirnya menjadi “pendedahan Wee Ka Siong”. Golongan ini juga tidak kenal dan tidak mengikuti perkembangan tentang diri saya serta apa yang telah saya perjuangkan untuk rakyat jelata selama ini. Hasrat saya hanyalah mahu mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.

Sumber

Comments