'Checkmate' PH dan Lim Guan Eng isu TAR UC



[1]
Sedia maklum, Bajet Negara merangkumi peruntukan operasi dan pembangunan. Selama 50 tahun lalu, kerajaan telah membiayai perbelanjaan pembangunan dan operasi kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KU TAR) menerusi belanjawan tahunan di bawah Kementerian Pendidikan. Malah, peruntukan pembangunan sebanyak RM5.5 juta kepada KU TAR dalam Bajet 2019 sebelum ini juga di bawah Kementerian Pendidikan.

Peruntukan perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2019 telah dimasukkan ke dalam akaun KU TAR melalui Kementerian Pendidikan. (Rujuk lampiran: Baucar pembayaran oleh Kementerian Pendidikan, sebanyak RM5.5 juta dimasukkan ke dalam akaun KU TAR pada bulan Mei dan Julai 2019).

Berikutan langkah Lim Guan Eng untuk menyalurkan "peruntukan operasi" ke dalam Tabung Amanah Pendidikan Persatuan Alumni TARCian (TAA) (lidah DAP iaitu "The Rocket" telah menerbitkan penyata banknya). Malaysia kini mencipta rekod baru. Ini kerana, peruntukan operasi dan pembangunan kepada sebuah institusi pendidikan kini terletak di bawah bidang kuasa dua kementerian berasingan. Kementerian Pendidikan bertanggungjawab ke atas peruntukan pembangunan manakala Kementerian Kewangan pula bertanggungjawab untuk perbelanjaan operasi. Ini merupakan sesuatu yang belum pernah terjadi sebelumnya. Malaysia Boleh, Malaysia Baharu Apa Pun Boleh!

Adakah Kementerian Kewangan melangkau bidang kuasanya dengan mengatasi Kementerian Pendidikan? Menteri Pendidikan Maszlee Malik tidak mahu kata apa-apa tentang perkara ini?

Selain itu, peruntukan terbaru berjumlah RM40 juta yang diumumkan oleh Lim Guan Eng bukanlah sebahagian daripada Bajet 2019; bukan dari Kementerian Pendidikan mahupun Kementerian Kewangan. Tidak ada dinyatakan tentang peruntukan nominal Kementerian Pendidikan, mahupun untuk peruntukan operasi KU TAR. Hakikatnya, peruntukan RM40 juta itu tidak terkandung dalam Bajet 2019.

Adakah pengeluaran wang pembayar cukai sebanyak RM40 juta ini tidak mematuhi protokol atau prosedur standard (SOP)? Tidakkah wang tersebut disalurkan demi memuaskan hati pihak dan individu tertentu? Adakah ini dijadikan sebagai mainan?



[2]
Kami pastinya berasa lega sekiranya peruntukan tersebut memberi manfaat kepada para pelajar dan tidak mempersoalkan tentang sumber dana itu. Namun, apa yang berlaku ialah, RM40 juta berkenaan tidak disalurkan kepada pihak pengurusan KU TAR sebaliknya diberikan kepada entiti luar.

Sila teliti dokumen pendaftaran syarikat Tabung Amanah Pendidikan TAA, seperti yang tertera, "menerima, mengurus dan mentadbir dana untuk pendidikan dan tujuan pendanaan berkaitan pendidikan yang lain."

Memandangkan telah dinyatakan dengan jelas bahawa dana tersebut tidak diperuntukkan secara khusus kepada KU TAR, maka ia boleh digunakan untuk lain-lain tujuan berkaitan pendidikan. Bagaimana Lim Guan Eng boleh memberi jaminan bahawa peruntukan itu akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar KU TAR?

Gambar 1 : Pada 28 Mei 2019, KPM telah menyalurkan RM2.75 juta kepada akaun bank KU TAR sebagai pembayaran pertama bagi peruntukan pembangunan.

Gambar 2 : Pada 26 Julai 2019, KPM telah menyalurkan RM2.75 juta kepada akaun bank KU TAR sebagai pembayaran kedua bagi peruntukan pembangunan.

Gambar 3 : Maklumat korporat mengenai Tabung Amanah Pendidikan TAA yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.



Sumber

Comments