ISU TAR UC - LIM GUAN ENG MENGAKU MAIN POLITIK


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) bukan saja terkenal dengan kewujudan menteri-menteri pelawak tetapi mereka juga cukup hebat dalam mempolitikkan segala benda.


Apa saja yang keluar daripada mulut pemimpin PH pasti ada berbaur politik walaupun ketika itu mereka bercakap tentang pendidikan untuk anak-anak!

Difikirkan logik, kenapa Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung DAP itu main tarik tali berhubung pemberian geran kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)?

Tidak cukup dengan itu, Guan Eng juga pernah mengugut kepada dua buah institusi pendidikan tersebut ketika berucap dalam pembentangan Bajet 2019 November lalu.

Apa maksud Guan Eng yang juga anak kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan mendesak TAR UC dan UTAR supaya memutuskan hubungan dengan MCA?

Sedangkan semua tahu bahawa kewujudan institusi tersebut adalah kerana MCA sejak 1969 lagi. Bahkan, TAR UC telah menikmati kebebasan akademik tanpa campur tangan MCA dalam pengurusannya dan berjaya melatih lebih 200,000 orang graduan!

Amboi... Mentang-mentanglah baru mendapat kuasa, maka semua kejayaan yang dilakukan MCA akan dilupuskan?

Persoalan yang lebih penting untuk diutarakan ialah, apa perancangan PH khususnya DAP untuk pendidikan anak bangsa? Adakah bermain politik dan membalas dendam kepada musuh merupakan polisi kerajaan hari ini?

4 Disember 2018

Comments